Rolls-Royce akan mengumumkan produk pertama tanpa enjin V12 29 September ini

oleh Mohamad Hanif|
29 September ini bakal menyaksikan satu lembaran baharu buat Rolls-Royce di mana mereka bakal melancarkan produk tanpa enjin pembakaran dalaman, setelah sekian lama menggunakan nadi V12 serta nadi V8 yang telah dihentikan penawarannya pada tahun 2003.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rolls-Royce sebelum ini telah pun memperlihatkan dua buah model konsep EV, satu daripadanya pada tahun 2011 menerusi model Phantom one-off yang menampilkan dua motor elektrik pada gandar belakang yang menghasilkan 389 hp dan 800 Nm, serta pek bateri berkapasiti 71 kWh dengan jarak sejauh 192 km.

Lima tahun selepas itu, Rolls-Royce memperlihatkan model konsep elektrik 103EX dengan rekaan yang jauh lebih radikal dan menggunakan pelantar bahan ringan yang termaju.

Sejarah penggunaan trenkuasa elektrik bukanlah satu perkara yang asing buat Rolls-Royce, memandangkan pengasas bersama Sir Henry Royce diberitakan 'akan memilih tenaga elektrik untuk menguasai barisan model keretanya' sekiranya sistem EV terawal tidak mempunyai sebarang limitasi dari segi jarak pemanduan dan penggunaan.

Malah, Royce juga sebelum turut berkecimpung dalam pembangunan sistem elektrik automotif terawal dengan membekalkan unit dinamo, dan motor elektrik kepada pihak ketiga sebelum menubuhkan Rolls-Royce.

Rakan perniagaannya, Charles Rolls pula memiliki sebuah kenderaan elektrik terawal - Columbia Electric Carriage pada tahun 1898.

Tiada sebarang butiran lanjut didedahkan, namun pengumuman ini bakal berkisar berkenaan spesifikasi kenderaan elektrik versi produksi, memandangkan Rolls-Royce menjanjikan pelancaran EV pertama mereka sebelum tahun 2030.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…