Rolls-Royce buka Private Office pertama di Dubai

oleh Mohamad Hanif|
Para pelanggan terhormat Rolls-Royce kini tidak lagi perlu terbang ke Home of Rolls-Royce, Goodwood untuk menikmati pengalaman pemilikan yang unik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana Rolls-Royce menerusi inisiatif terbaharu bakal membuka beberapa cawangan 'Private Office' yang bakal menawarkan pengalaman unik di mana pelanggan boleh menterjemahkan idea menjadi realiti di beberapa lokasi utama di seluruh dunia.

Ia bukanlah bilik pameran yang menempatkan model terbaharu Rolls-Royce, sebaliknya Private Office ini bertindak sebagai perantara yang lebih mudah membawakan pengalaman eksklusif daripada Goodwood kepada pelanggan yang mahukan kenderaan Rolls-Royce mengikut citarasa peribadi, dibantu dengan pakar yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi.

Private Office yang pertama dibuka di The Offices 4, One Central, Dubai, di mana Rolls-Royce buat pertama kali melantik dua orang pakar bagi memegang jawatan 'Bespoke Lead Designer' dan 'Bespoke Client Experience Manager' di luar tanah air sendiri untuk berkhidmat kepada para pelanggan di Timur Tengah.
 

Private Office


Dengan adanya inisiatif terbaharu ini, Private Office bakal memfokuskan kepada tiga program utama, iaitu Rolls-Royce Coachbuild, High Bespoke Commissioning dan juga akses kepada Private Office Collection.

Di Private Office, pasukan reka bentuk bespoke Rolls-Royce akan meneliti beberapa aspek termasuklah personaliti, palet warna, serta mengekstrak idea daripada perbualan dengan pelanggan untuk mencipta sebuah Rolls-Royce yang mencerminkan peribadi pelanggan itu sendiri, dibantu dengan sampel fizikal dan kelengkapan visual.

Setelah hala tuju dipersetujui, para pelanggan Rolls-Royce akan diberikan peluang untuk membincangkan butiran komisen mereka secara terus dengan para jurutera dan tukang untuk merealisasikan idea menjadi kenyataan.

Kereta yang siap akan dipersembahkan sendiri oleh pasukan serantau dari setiap Rolls-Royce Private Office, lengkap dengan salinan fizikal yang membolehkan pelanggan mengingati setiap proses dan perjalanan dalam menghasilkan sebuah Rolls-Royce yang dihasilkan khas untuk mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…