Rolls-Royce Ghost kini hadir di Malaysia, harga bermula dari RM1.45 juta

oleh SALINA JALIL|
Rolls-Royce Ghost serba baharu akhirnya tiba di Malaysia, kira-kira enam bulan selepas ia dilancarkan di peringkat global.


Pelanggan di Malaysia boleh memilih antara model jarak roda standard (standard wheelbase) atau versi jarak roda panjang (extended wheelbase) yang dikenali sebagai Ghost Extended yang menawarkan ruang lega kaki yang lebih luas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dengan memilih Ghost Extended, pembeli bukan sahaja dapat menikmati ruang tambahan sebanyak 170 mm, tetapi juga ciri-ciri tambahan yang menjadikan ia lebih menonjol berbanding Ghost ‘biasa’.

 

ghost

 

 

Salah satu ciri yang dimaksudkan adalah Serenity Seat yang boleh dibaringkan, yang mana menurut Rolls-Royce, menawarkan keselesaan di tempat duduk belakang seperti kabin jet kelas perniagaan.

 

Rolls-Royce turut menyertakan peti sejuk champagne yang ditempatkan di antara kerusi belakang. Peti sejuk itu mempunyai dua mod penyejukan iaitu 11 darjah untuk champagne vintaj dan enam darjah untuk champagne bukan vintaj.

 

Dari segi kelengkapan, kedua-dua versi Ghost didatangkan dengan gril Pantheon bercahaya yang mempunyai 20 unit LED, lampu Laser yang menawarkan jarak pencahayaan sehingga 600 meter, serta patung Spirit of Ecstasy di atas bahagian bonet.

 

 

 

Selain pelapik bumbung Starlight, pengalaman berada di dalam kabin dipertingkatkan lagi dengan kehadiran sistem audio gred audiophile berkapasiti 1,300 watt dengan 18 saluran dan 18 pembesar suara.

 

Sementara itu, penggunaan 100 kg bahan penebat akustik pada bahagian pintu, bumbung dan tingkap menghasilkan ruang kabin yang senyap.

 

Dari segi bantuan pemandu, Ghost dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Pedestrian Warning, Alertness Assistant, Active Cruise Control, Collision Warning, Lane Departure dan Lane Change Warning, serta paparan ‘head up’ beresolusi tinggi.

 

 

Turut disertakan adalah Micro Environment Purification System (MEPS) yang berfungsi untuk mengesan kualiti udara di dalam kabin. Sistem ini akan mengaktifkan mod kitaran semula (Recirculation) sekiranya ia pencemaran udara dikesan.

 

Kuasa dibekalkan oleh enjin 6.75-liter twin-turbo V12 yang menghasilkan 563 bhp dan 850 Nm. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.8 saat.

 

ghost engine bay

 

Untuk pengendalian pula, aspek ‘Magic Carpet Ride’ yang menjadi trademark Rolls-Royce disampaikan menerusi penggunaan sistem suspensi planar dengan penyerap hentak elektronik dan peredam ‘upper wishbone’.

 

Ia juga dilengkapi dengan sistem ‘flagbearer’ yang menggunakan kamera stereo untuk ‘melihat’ keadaan jalan di hadapan.

 

Ghost kini dibuka untuk tempahan di Malaysia, dengan harga bermula dari RM1.45 juta untuk model ‘standard wheelbase’ dan RM1.65 juta untuk Ghost Extended. Harga-harga yang disebutkan tidak termasuk cukai dan opsyen pilihan.

 

Menurut Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Ghost didatangkan dengan jaminan selama empat tahun tanpa had perbatuan dengan pilihan pakej pemilik tambahan untuk dua, tiga atau lima tahun.

 

ghost rear

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Phantom generasi kelapan ini telah dipersembahkan pada 2017, ia merupakan model pertama yang…
Pelancaran
Malaysia menjadi antara negara di ASEAN yang terawal untuk menerima model EV pertama dari Rolls-…
Berita Global
Terbuka kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur 16 tahun, pertandingan ini bertujuan untuk…