Rolls-Royce perlihat konsep trak lombong berkuasa hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara MINExpo 2021, Rolls-Royce memperlihatkan secara rasmi model konsep trak kegunaan lombong yang lebih mesra alam menggunakan trenkuasa hibrid.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ia dibangunkan berdasarkan produk MTU sedia ada dengan menampilkan sistem bateri EnergyPack, unit kawalan hibrid, serta enjin baharu MTU V12 2000-series bagi menggantikan enjin V16 4000-series.

Enjin baharu ini berupaya menghasilkan kuasa setinggi 1,560 kuasa kuda berbanding enjin V16 yang menghasilkan 2,500 kuasa kuda. Namun menurut Rolls-Royce, prestasi enjin baharu ini dikatakan menyamai enjin terdahulu, dan dalam masa yang sama mampu mengurangkan kadar pelepasan emisi CO2 sebanyak 30 peratus.
 

MTU


Sama seperti kereta hibrid tipikal, pek bateri digunakan untuk menyimpan tenaga yang dijana oleh brek regeneratif, dan kuasa itu boleh digunakan kembali ketika trak ini memerlukannya.

Tidak mahu bergantung kepada kenderaan elektrik bateri semata-mata, Rolls-Royce juga turut melabur di dalam sumber tenaga alternatif bagi mencapai visi operasi perlombongan sifar karbon pada masa akan datang, termasuklah penggunaan mikrogrid, bahan api yang lestari, sel bahan api serta enjin hidrogen.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Syarikat itu juga telah menempah dua lagi unit model GIGA terkini yang akan diserahkan dalam tempoh…
Berita Global
Trak yang kami paparkan kali ini tugasnya agak unik - untuk mencetuskan fenomena gempa bumi!…
Berita Global
Mereka sedang mencipta pelbagai inisiatif bagi memanjangkan lagi jangka hayat sesebuah trak untuk…