Pembukaan Private Office Seoul menandakan rangkaian keempatnya di luar Goodwood, bermula di Dubai pada tahun 2022, Shanghai pada tahun 2023, and New York yang juga pada tahun 2024.

Private Office Rolls-Royce merupakan rangkaian yang diwujudkan khas untuk pemilik dan pelanggan mereka menikmati pengalaman konfigurasi terbaik, dengan memilih sendiri bahan-bahan mewah dan pelbagai kemasan yang ditawarkan.
Perkhidmatan itu membolehkan para pelanggan Rolls-Royce untuk menghasilkan model pilihan mereka dengan ciri-ciri unik dan lebih eksklusif.

Sebagai salah satu pasaran Rolls-Royce yang berkembang pesat, rantau Asia Pasifik telah menyaksikan peningkatan ketara dalam kreativiti dan kecanggihan tempahan khas sejak beberapa tahun lalu.
Private Office Seoul boleh dikunjungi melalui tempahan temu janji, di mana ianya terletak di tengah-tengah kawasan Jamsil yang meriah dengan warisan dan inovasi bersama di antara bangunan ikonik dan pengalaman budaya.

Private Office Seoul tampil dengan suasana studio yang tenang, digabungkan dengan elemen inspirasi budaya tempatan, menyediakan persekitaran yang sempurna terhadap kreativiti pelanggan.