RON95 Euro4M ditunda ke 1 Jan 2020

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan penangguhan pelancaran bahan api petrol RON95 Euro4M kepada 1 Januari 2020.

Sepatutnya, pelancaran itu dilakukan pada 1 Oktober 2018 tetapi menurut KPDNHEP, syarikat bahan api memerlukan masa untuk memperkenalkan bahan api yang lebih baik itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Kementerian tersebut juga berkata penangguhan itu dilakukan agar tidak akan berlaku perubahan pada harga subsidi bahan tersebut.

Bahan api dengan tahap piawaian Euro4M mempunyai kandungan sulfur pada tahap 50 ppm, berbanding dengan 500 ppm dari petrol RON95 Euro2M yang digunakan sekarang.

Jika ia diperkenalkan di Malaysia, syarikat kenderaan juga akan mampu memperkenalkan enjin-enjin lebih canggih, bertenaga dan menjimatkan.

Tinjauan Careta mendapati ada pihak yang menyangkal dakwaan Menteri KPDNHEP, Datuk Saifuddin Nasution itu.

Menurut sumber Careta, syarikat bahan api sudah diberitahu akan perlaksanaan Euro4M sejak tahun 2011. 

"Mesyuarat demi mesyuarat dilakukan dan jawatankuasa ketika itu yang diketuai oleh PEMANDU menunda tarikh pelancaran bahan api Euro4M kepada 1 Oktober 2018, dengan persetujuan semua," ujar sumber Careta.

Di bawah ialah tarikh asal pelancaran bahan api standard baharu di Malaysia:

  • Petrol RON97 Euro4M - 1 September
  • Petrol RON95 Euro4M - 1 Oktober
  • Diesel Euro5 - September 2020
  • Petrol Euro5 - September 2025

Kami berharap agar tidak akan wujud lagi penangguhan kerana negara-negara jiran sudah semakin jauh meninggalkan kita dari segi mutu piawaian bahan api dan kadar pelepasan asap.

Atau Malaysia mahu menjadi negara dengan udara terkotor di Asean?  

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan terdapat tiga kaedah yang dipertimbangkan untuk pemberian…
Berita Domestik
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…