Ronin dan Inovit perkenalkan 2 reka bentuk baharu roda aloi, RFF-01 dan RFF-02

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Baru-baru ini bertempat di bilik pameran Ronin Motorsport, Ronin dan Inovit telah memperkenalkan 2 reka bentuk baharu roda aloi mereka iaitu RFF-01 dan RFF-02.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Set roda aloi yang sesuai memainkan peranan penting untuk mengubah rupa kereta, jenama Ronin dan Inovit yang menjadi tumpuan beberapa bulan kebelakangan ini telah memasuki pasaran Malaysia dengan pelbagai pilihan menarik.

 

2

 

Roda Ronin direka untuk menarik perhatian dengan kecantikan yang menakjubkan dengan prestasi bertaraf dunia. Ia dibina dari bahan berkualiti tinggi bersama kemasan terbaik. 

RFF-01 ialah roda bentuk aliran dengan reka bentuk multi-spoke direka dengan teliti untuk ideal penjimatan berat dan ketegaran struktur maksimum. Ia didatangkan dengan warna Alumite Black, Dark Gun Metal dan Matte Copper.

 

RFF-01

 

RFF-02 pula menampilkan gaya jejaring ultra-moden dengan pemotongan bermesin tepat yang meningkatkan rupa mana-mana sedan sport. Ia didatangkan dengan warna Hitam, Matte Gun Metal dan Brushed Silver Titanium.

Kedua-dua reka bentuk itu ditawarkan dengan saiz 18 inci dan dikilangkan sepenuhnya di Thailand di bawah syarat ketat yang ditetapkan oleh TUV.

 

RFF-02

 

Untuk sebarang maklumat berkenaan roda dari Ronin dan Inovit, anda boleh hubungi mereka di talian 012 576 1555 atau layari Instagram ronin.wheels dan Facebook RONIN Wheels.