Rono Sate kesinambungan legasi sate asal Kajang

oleh Careta.my|
Modenas
Minat makan sate? Sebut sahaja sate pastinya nama pekan Kajang akan di fikiran. Kajang ini letaknya di Selangor, dan daerah ini terkenal dengan pelbagai kedai sate, namun ada yang mengatakan bahawa asalnya yang paling utama adalah Sate Haji Tasmin, yang dipelopori Hj. Tasmin b. Sakiban pada tahun 1917 lagi. img_3412 Berasal dari Pulau Jawa, Indonesia, Hj. Tasmin tiba di Kajang melalui Sungai Langat pada tahun 1914, dan beliau berlabuh di tebing Sungai Jelok (iaitu belakang Plaza Metro Kajang hari ini). Dalam pada itu, adik kandung Hj. Tasmin, iaitu Rono bin Sakiban sampai ke Kajang lebih awal iaitu pada tahun 1911. Hj. Tasmin memulakan perniagaannya di Kajang dengan menjual sup dan nasi kepal / ketupat. Pada tahun 1917 Hj. Tasmin bersama saudaranya Rono Sakiban memulakan perniagaan satenya. Ketika itu, para pelanggan memakan sate dengan mencelup sate ke dalam satu mangkuk kuah yang besar. img_3411 Kini perniagaan sate sudah berkembang begitu meluas di malaysia, namun tiada yang mampu menandingi sate Kajang, Katanya, kuah kacang merupakan kekuatan kepada hidangan sate, kerana gabungan rasa rempah-ratus yang diperam pada sate hanya lengkap apabila dicelup ke dalam kuah sate. Perniagaan Haji Tasmin diteruskan oleh anaknya Haji Amir, dan setelah Haji Amir meninggal dunia, perniagaannya diteruskan oleh menantunya Haji Samuri bin Juraimi (pemilik Satay Kajang Hj Samuri kini), yang juga merupakan anak saudara kepada Haji Tasmin. Manakala Perniagaan Haji Rono pula diteruskan oleh dua orang anaknya, Mohamad Salleh dan Haji Sidek. img_3413 Legasi sate Hj Rono kini diteruskan pula oleh cucunya Abd Rahim Hj Sidek bersama ahli keluarga mereka yang lain. Mempertahankan rahsia resipi sate turun temurun, Rahim yang juga merupakan pelumba Cubprix yang disegani satu ketika dulu kini meneruskan kesinambungan perniagaan sate di Jln Satu, Taman delima, Kajang telah membawa Rono Sate ke satu era baharu iaitu dengan perniagaan ala-foodtruck iaitu gerai bergerak. Malah Rono Sate turut menyertai kemeriahan kawasan promosi di Pusingan 4 yang telah di adakan di Pasir Mas, Kelantan tempohari. img_3446 Selain beraksi dalam perlumbaan cubprix, Rahim Sidek turut disegani prestasinya dalam perlumbaan jentera yang lebih besar seperti dalam kejuaraan Malaysian Super Series di mana beliau kerap kali mendapat penyudahan podium bersama rakan rakan nya ketika itu seperti Ahmad Zamani dan Ahman Fuad Baharuddin. Nyata sekali kecekalan merupakan rahsia kejayaan, dan seperti juga dalam perlumbaan motosikal, usaha keras dan disiplin diri akan membuahkan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi termasuklah bidang perniagaan. Bagi yang ingin menempah sate untuk majlis rasmi atau keramaian bolehlah menghubungi Rono Sate di talian 016 915 6996. Selamat maju jaya, Rahim Sidek!

Add new comment