Rossi - akan tentukan masa hadapannya sebelum MotoGP 2020 bermula

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelumba ikonik zaman modern, Valentino Rossi berkata dia akan mengumumkan halatuju masa depannya di dalam MotoGP sebelum memulakan mana-mana perlumbaan untuk tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kontrak Rossi bakal tamat pada penghujung tahun ini dan tempatnya di Yamaha seperti telah diambil oleh pelumba muda, Fabio Quartararo.

Namun begitu, Yamaha mengumumkan mereka akan tetap menyediakan sebuah motosikal TZR-M1 dengan spesifikasi "sama" seperti pasukan "factory" mereka sekiranya Rossi bersetuju dengan kontrak baharu mereka.

Sebelum ini Rossi bercadang untuk menggunakan tujuh atau lapan perlumbaan awal musim 2020 untuk melihat prestasi pesaingnya sebelum bersetuju untuk mengikat kontrak baharu.

Sayangnya pandemik COVID-19 telah membatalkan banyak perlumbaan dunia dan siri MotoGP sekarang ditangguhkan atau mungkin beberapa perlumbaan awal dibatalkan terus.

 

 

Rossi, 41, memulakan karier perlumbaan beliau dengan gokart sebelum mula berlumba dengan motosikal minimoto pada penghujung tahun 1991.

Beliau ialah satu-satunya individu yang pernah berlumba lebih dari 400 Grand Prix dan menjadi juara dunia sebanyak sembilan kali.

Tidak sukar untuk dikatakan bahawa beliau adalah lagenda dalam perlumbaan motosikal.

Nombor 46 pula ialah nombor perlumbaan yang sering digunakan oleh ayahnya, Graziano Rossi semasa berlumba dahulu.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Menurut laporan Harian Metro, prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berharap…
Sukan Bermotor
Mungkin itu perumpamaan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan persamaan antara dua beradik ini…
Sukan Bermotor
Sesi pengenalan jentera perlumbaan baharu Movistar Yamaha, Yamaha YZF-M1 2018 tersebut berlangsung…