Rossi cadang sertai perlumbaan kereta setelah bersara dari MotoGP

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi beraksi pada musim ke-26 di MotoGP dan kemungkinan yang terakhir selepas kontraknya bersama Petronas Yamaha SRT tamat hujung tahun ini.


Rossi akan membuat keputusan berhubung masa depannya selepas mempamerkan prestasi terburuk pada musim ini apabila hanya mampu mengutip 15 mata daripada tujuh pusingan perlumbaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Difahamkan Rossi perlu memenuhi kriteria tertentu dalam kontraknya bersama Yamaha sebelum memutuskan masa depannya.

 

Rossi juga tidak pernah menyembunyikan keinginannya untuk meneruskan karier dalam perlumbaan kereta selepas bersara dari MotoGP, termasuklah menyatakan minat untuk beraksi di perlumbaan Le Mans 24 Jam.

 

"Seperti yang sering saya katakan, selepas karier saya berakhir di MotoGP, saya mahu menjadi pelumba kereta pula.

"Saya pernah menyertai perlumbaan rali kerana sangat meminatinya. Saya juga pernah beraksi di kejohanan dunia tetapi mendapati perlumbaan rali agak sukar.

 

"Saya lebih gemar untuk berlumba di litar. Saya mempunyai pengalaman beraksi di GT3 yang mana ia amat menarik kerana mempunyai banyak jenis pengeluar kereta dari Ferrari ke Porsche, Bentley ke Aston Martin.

 

"Jadi saya rasa akan berlumba dengan kereta seperti itu apabila bersara dari MotoGP. Tapi saya tidak tahu lagi kejohanan mana yang akan disertai," katanya.

 

 

 

Motorsport.com

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pelumba berusia 35 tahun dari Jerman itu sebelum ini pernah berlumba untuk pasukan BMW Sauber,…
MotorGP
Menurut laporan daripada rakan media MotoMalaya, pelumba tersebut berkongsi bayangan penghujung…
MotorGP
  Kata Rossi, janji yang dibuat kepada peminat bahawa pengumuman rasmi mengenai masa depannya akan…