Roush Performance tawar pakej naiktaraf untuk F-150 2022

oleh Mohamad Hanif|
Para pemilik trak pikap saiz penuh F-150 2022 yang mahukan kelainan pada jentera mereka boleh mendapatkan khidmat daripada Roush Performance.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pakej naiktaraf bersifat kosmetik itu merangkumi pemasangan gril serba baharu dengan perkataan Roush, penambahan lampu pelepasan, serta rekaan hud tersendiri yang menampilkan liang haba.

Di bahagian sisi, trak pikap ini dipasangkan dengan fender flare sports bespoke, rim bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar General Tire Grabber A/TX 33 inci serta grafik khas.
 

F-150


Kemasan ruang kabin pula diberikan warna dua tona kelabu dan hitam, diikuti sulaman logo Roush pada penghadang kepala, serta bendera Amerika kecil pada bahagian sisi tempat duduk.

Untuk prestasi pemanduan pula, Roush memasang sistem suspensi gegelung baharu yang mampu meninggikan jarak kelegaan tanah, selain membantu pengendalian baik di atas jalan raya mahupun di laluan off-road.
 

Roush


Pakej naik taraf ini berharga $18,500 (RM78,107) termasuk pakej seperti Ready Package ($660), Dual Tip Active Exhaust System ($1800), Premium Leather Package ($1,850) dan Accent Graphic Package ($325).