Tidak seperti GR Yaris standard, enjin tiga silinder 1.6 liter turbo jentera rali GR Yaris H2 Concept ini telah diubahsuai supaya mampu menerima suapan bahan api hidrogen.
Dalam satu sesi temubual selepas sesi pemanduan dijalankan, Rowan Atkinson menjelaskan beliau percaya kenderaan hidrogen - termasuklah kenderaan sel bahan api - merupakan satu alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk mencapai sasaran sifar emisi.
"Inilah sebabnya saya berada di sini pada hari ini, untuk menyokong tanggapan bagi memastikan pemikiran kita terbuka tentang bagaimana kita akan menggerakkan kereta ke masa hadapan."
Atkinson juga turut menyifatkan kereta lumba berkuasa elektrik mempunyai bunyi seakan sebuah "mesin basuh yang sedang memasuki kitaran pembuangan air".
"Ia sukar untuk diterima, ramai pihak cuba untuk mengekalkan emosi (sebuah enjin) yang hanya boleh didapati menerusi kereta berenjin omboh."

"Mungkin kita akan terbiasa dengan jentera lumba berkuasa elektrik dan sukakannya satu hari nanti, namun pada ketika ini, masih terdapat halangan tertentu kepada pelanggan"
Satu perkara yang mencuri tumpuan penulis ialah 'Mr Bean' itu sendiri merupakan seorang pemilik sebenar GR Yaris!
"Saya ada sebuah GR Yaris, dan saya fikir ia sebuah 'pocket rocket' yang sangat luar biasa!"
Sumber: Goodwood Festival of Speed