Royal Enfield Himalayan 2024 - nadi baharu 452 cc sejukan cecair, 40 hp, 40 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Setelah bertahun-tahun menggunakan nadi sejukan udara, Royal Enfield akhirnya membawakan perubahan besar terhadap jentera dual-purpose Himalayan untuk model tahun 2024.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan membawakan beberapa ciri yang lebih moden.
 

Himalayan


Berbanding model terdahulu dengan enjin 411 cc sejukan udara, Himalayan 2024 membawakan enjin Sherpa 450 bersesaran 452 cc sejukan cecair, dengan hamburan kuasa 40 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 40 Nm @ 5,500 rpm.

Enjin dengan nisbah mampatan 11.5:1 itu dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan.
 

royal


Sistem gantungan pula terdiri daripada fork hadapan Showa SFF 43 mm jenis terbalik, diikuti penyerap hentak tunggal Showa di bahagian belakang, menawarkan jarak pergerakan suspensi sehingga 200 mm.

Kapasiti tangki bahan juga kini sebesar 17 liter.
 

himalayan


Untuk memastikan jentera ini berhenti dengan baik, Royal Enfield memadankan rotor brek tunggal 320 mm di depan dengan angkup dua omboh ByBre, diikui rotor 270 mm dan angkup omboh tunggal di bahagian belakang.

Selain daripada ciri moden seperti lampu LED dan pendikit elektronik (ride-by-wire), Himalayan 2024 datang dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran yang boleh dimatikan untuk kegunaan off-road.
 

himalayan


Untuk penunggang kurang inci, Royal Enfield menawarkan pelana dengan ketinggian boleh laras, bermula serendah 805 mm hingga 846 mm (ketinggian asal 825 mm).

Segala info penting jentera boleh dibaca menerusi skrin bulat TFT yang turut menyokong sambungan kepada peranti pintar dan navigasi pemetaan Google.
 

himalayan


Buat masa ini, tiada sebarang tanda harga diumumkan, namun versi Himalayan yang terdahulu ditawarkan pada harga bermula dari RM29,000 di pasaran Malaysia.

Sumber: Cycle World

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Selepas kejayaan Himalayan 450, Guerrilla 450 hadir sebagai model dengan keseimbangan antara gaya…
Berita Global
Bahagian ekor langsung tidak menampakkan sebarang bentuk retro dan kemungkinan besar "fairing"…
Pelancaran Motosikal
Royal Enfield Himalayan 2024 kini hadir dengan beberapa perubahan besar yang menjadikannya antara…