Royal Enfield Interceptor 650 dan Himalayan 450 kini boleh menjadi pilihan peminat motosikal klasik dan ‘touring’.

oleh Hamimah Hamid|
DI Malaysia, Didi Group sudah mempunyai beberapa jenama motosikal terkenal di bawah naungannya seperti Harley-Davidson, Vespa, Moto Guzzi dan Aprilia.

Kini kumpulan automotif ini menjadi penjaga jenama baharu di negara ini iaitu Royal Enfield yang sebelum ini dipegang oleh SNH Bhumi Corp Sdn Bhd.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaru Didi Group memperkenalkan dua model baru Royal Enfield iaitu Interceptor 650 yang diubah suai bertema gelap dinamakan ‘Sultan’ dan Himalayan 450.

Model Interceptor 650 menyerlah dengan beberapa pengubahsuaian iaitu badan kelabu yang sporty sambil mengekalkan persona asal motosikal tersebut dengan beberapa perubahan.

re interceptor gaya klasik yg diminati ramai

Terdapat beberapa perubahan ketara pada rupa Interceptor 650 meliputi bahagian hadapan, badan, warna, tangki bahan api dan juga belakang selain badan yang telah dicat dengan cat kelabu dengan jalur hitam melintasinya.

Bercakap mengenai butirannya, tangki Interceptor 650  mempunyai tali pinggang tersuai secara membujur di atasnya dengan tempat duduk bergaris tunggal. 

Rangka dan fender motosikal ini juga diubah dengan dipendekkan ke arah hujung belakang motosika dengan lampu belakang LED tersuai baharu.

Model ini juga menerima penyerap hentak belakang yang diubah suai dengan kanister hitam selain nombor plat yang telah dipindahkan ke lengan hayun kiri, enjin telah digelapkan sepenuhnyadan tin ekzos yang unik.

Enjin Royal Enfield Interceptor 650 bagaimanapun tidak diberi perubahan namun terus menjana kuasa daripada enjin berkembar selari 648cc, yang menghasilkan kuasa 47.65 PS dan tork puncak 52 Nm.

Kuasa dipindahkan ke roda dengan kotak gear 6-kelajuan, dengan klac selipar ditawarkan sebagai standard.

himalayan 450

Sementara itu model Royal Enfield Himalayan 450 pula mungkin merupakan motosikal yang paling dinanti-nantikan dan diperkatakan hari ini.

Tidak seperti model sebelumnya, Himalaya 450 menggunakan ekzos pendek dan bulat (klasik) seperti KTM 390 Adventure dan reka bentuk itu sendiri kelihatan seperti versi yang lebih padat bagi ekzos penuh stok Himalaya semasa. 

Royal Enfield Himalayan 450 menghasilkan 40PS dan 40Nm daripada enjin penyejuk cecairnya, yang boleh dipadankan dengan transmisi enam kelajuan juga. 

Model Interceptor 650 ditawarkan pada harga RM35,000 manakala Himalayan 450 pula pada harga RM29,000, kedua-duanya tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Buat lah pilihan anda!