R&R PLUS - kembali beroperasi 24 jam dengan 600 peniaga

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangka terdapat peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya kendalian PLUS.


Ini berikutan dari pengumuman oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengenai kebenaran pergerakan rentas negeri membabitkan tujuan kerja, perubatan, pendidikan dan kecemasan, tertakluk kepada syarat oleh pihak berkuasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid, Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS berkata, “Kami akan terus komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan terutama bagi mereka yang perlu melakukan perjalanan dalam tempoh terbabit. 

 


Kawasan rehat dan rawat (R&R) PLUS terus beroperasi seperti biasa 24-jam sehari (tertakluk kepada arahan Pihak Berkuasa Tempatan) dan seramai 600 usahawan tempatan di R&R bersedia memberikan perkhidmatan terbaik di sepanjang perjalanan anda."

 

PLUS juga memberi peringatan kepada semua pengguna lebuh raya supaya berhenti dan rehat setiap dua jam perjalanan untuk menyegarkan diri, menikmati juadah atau menggunakan kemudahan di R&R yang disediakan.

 


"Terdapat pelbagai pilihan makanan dan minuman yang enak dan menyegarkan yang disediakan di 29 R&R, 50 hentian sebelah dan restoran jejantas (OBR),” tambah Syed.

 


Terdapat gerai-gerai yang menawarkan menu-menu istimewa sempena bulan Ramadan seperti nasi ayam dan mee wantan di Hentian Sebelah Nilai (Arah Selatan). 

 


Norhasidah Sahal di R&R Pagoh (Arah Utara) pula menjemput pelanggan untuk singgah ke kedai serbaneka mereka untuk membeli produk makanan tempatan serta tradisional untuk dinikmati di ruang medan selera atau di bawa pulang.

 


Untuk memudahkan pembelian, pelanggan juga boleh menggunakan fungsi Pra-Pesanan yang terdapat di 21 R&R terpilih atau membuat pesanan lebih awal dengan lebih mudah dan selesa melalui Aplikasi PLUS. 

 


"Aplikasi PLUS adalah percuma dan disediakan mendapatkan info terkini serta tawaran Pra-Pesanan makanan,” jelas Syed. 

 

 

- jangan lupa patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan guna pelitup muka setiap kali anda menapak keluar dari rumah - 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…