RS terakhir Renault, Megane RS Trophy akan membuat debut di Tokyo Auto Salon

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Semenjak Megane diperkenalkan pada tahun 1995, Renault telah menghasilkannya dalam pelbagai bentuk dari model hatchback, wagon, sedan dan juga convertible dengan bumbung hardtop atau fabrik.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Nama Megane yang terkini dilihat telah digunakan pada sebuah SUV EV, walaubagaimanapun RS tetap menjadi model yang paling diminati, dan model tersebut bakal bersara pada tahun ini.

Renault Jepun telah mengumumkan edisi istimewa RS Trophy dengan unit terhad akan didedahkan pada acara Tokyo Auto Salon yang akan berlangsung minggu depan.

 

1

 

Renault tidak mendedahkan secara terperinci mengenai edisi istimewa tersebut, namun ianya mungkin bakal menjadi model terakhir dengan lencana Renault Sport.

Terdapat sumber mengatakan bahawa edisi istimewa yang akan ditayangkan pada acara tersebut bakal digelar sebagai "Megane RS Ultime" menandakan saingan terakhirnya kepada model seteru iaitu Volkswagen Golf GTI.

Edisi istimewa tersebut juga mungkin hanya akan mempunyai perubahan dari segi kosmetik sahaja, dan jika benar ianya akan dikuasakan enjin 1.8 liter turbo dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar 6 kelajuan menghasilkan 296 HP dan 420 Nm.

 

2

 

Produksi yang akan dihasilkan untuk edisi istimewa RS Trophy tersebut adalah terhad dan harga dijangka bermula dari EUR50,000 (RM234,665) untuk pasaran Perancis.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Eropah lain pula ceritanya. Menurut laporan Periodismo del Motor, produksi kenderaan di kilang…
Berita Global
  Dengan rangkaian global yang merangkumi 17 kilang rangkaian kuasa dan lima pusat P&P,…
Berita Global
Menurut laporan dari Nikkei Asia, Nissan berkata dalam satu kenyataan bahawa, "Mereka telah…