Rugi RM99,000 beli kereta tak wujud!

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Seorang penjawat awam menanggung kerugian sebanyak RM99,000 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian kereta dalam kejadian di daerah Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa berusia 50 tahun yang berada di rumahnya melihat iklan penjualan kereta Perodua Alza melalui aplikasi Telegram pada 8 Ogos lalu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan iklan itu menghubungi nombor telefon yang ada di aplikasi berkenaan dan berbincang dengan suspek sebelum bersetuju membeli kereta itu dengan harga RM26,000.

Katanya, mangsa kemudian membuat pembayaran ke akaun yang diarahkan namun pihak penjual meminta bayaran caj tambahan lain bagi mendapatkan kenderaan itu sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM99,000.

"Hasil semakan ke atas kenderaan berkenaan mendapati ia tidak wujud dan mangsa yang mengesyaki ditipu membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kelmarin untuk tindakan lanjut," katanya.

Azli berkata, sebanyak 42 laporan diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dalam tempoh seminggu bermula 4 Ogos lalu.

Katanya, ia menunjukkan penurunan sebanyak 15 kes berbanding 57 laporan pada minggu sebelumnya dengan penurunan sebanyak 26.3 peratus.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 10 kertas siasatan dibuka membabitkan sebanyak RM145,900 dan kes penipuan yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan menjadi penyumbang utama kes jenayah komersil.

"Pihak polis menasihati masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi selain mengambil langkah proaktif untuk mengelak diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sumber yang dihubungi oleh Careta pula menerangkan bahawa tawaran itu ialah khusus untuk model City…
Berita Domestik
Menurut sumber, suspek yang bertugas di sebuah agensi kerajaan tempatan negeri Terengganu disyaki…
Berita Domestik
Mohd Safiq Jamaluddin, 36, dalam perjalanan ke Hospital Rembau menghantar isterinya, Nor Anis Mohd…