Rumah Terbuka Volkswagen "Blue Durian" di seluruh negara

oleh SALINA JALIL|
Sambutan “Togetherness” Volkswagen diteruskan dengan program Rumah Terbuka Raya di semua pengedarnya di seluruh negara pada 22 Jun, Sabtu, mulai jam 11 pagi sehingga 5 petang.


Para pengunjung berpeluang memandu uji model-model Volkswagen yang ada, selain merebut tawaran jualan dan selepas jualan sempena Hari Raya. Pelanggan yang membuat tempahan pada hari itu akan menerima baucar minyak tambahan sebanyak RM2,000 di samping promosi baucar minyak RM1,000 sedia ada, sekali gus menjadikan jumlahnya sebanyak RM3,000.


Promosi ini hanya sah ke atas tempahan yang dibuat pada 22 Jun dan bagi kenderaan yang didaftarkan sehingga 30 Jun 2019 sahaja.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

VW 1

 

Selain sesi pandu uji, pelbagai hidangan makanan Raya serta buah durian akan dijamukan kepada pelanggan dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga juga disediakan. Bukan itu sahaja, pelanggan yang layak juga akan menikmati program Volkswagen Care Plus secara percuma. 

 

Program "Blue Durian" sememangnya sinonim dengan Rumah Terbuka Hari Raya Volkswagen di seluruh negara dan akan membuat penampilan khas pada hari berkenaan. Jangan lepaskan peluang untuk berselfie dengan Raja Buah berwarna biru ini. Jangan lupa hashtag #VWDurian dan #VolkswagenMalaysia!

 

 

Promosi Jualan yang sedang berlangsung sekarang adalah seperti berikut:

 

Model

Penjmatan bermula

 Kadar faedah rendah

Pinjaman bulanan bermula

Polo

RM4,000

-

RM741

Vento Comfortline

RM8,000

-

RM800

Vento Highline

RM6,000

-

RM892

Golf R-Line

RM2,000

-

RM1,788

Golf GTI

-

-

RM2,572

Golf R

-

-

RM3,176

Tiguan Highline

RM2,000

1.88%

RM1,598

Passat Comfortline

RM15,000

1.88%

RM1,575

Passat Highline

RM4,000

RM1,865

Beetle Sport

RM5,000

-

RM1,538

*Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat. Bayaran ansuran bulanan berdasarkan kepada pinjaman selama 9 tahun dengan bayaran muka sebanyak 10% termasuk rangkaian model JOIN. 

 

 

Promosi Selepas Jualan yang sedang berlangsung sekarang adalah seperti berikut:

 

1.  Pendingin hawa  

 

Para pemilik kenderaan Volkswagen dijemput untuk menjalani pemeriksaan pendingin hawa secara percuma di pusat-pusat servis Volkswagen. Mereka yang perlu menyelenggara atau menukar penapis pendingin hawa akan menerima diskaun tambahan sebanyak 20% sebagai sebahagian daripada promosi yang sah sehingga 30 Jun depan. 

 

2.  Tayar  


Sebagai sebahagian daripada promosi yang sedang berlangsung dan telah dilanjutkan sehingga akhir tahun, tayar Continental boleh didapati pada harga bermula serendah RM184. Pemilik juga akan menerima manfaat tambahan seperti pemasangan, penjajaran dan seimbangan secara percuma, bergantung kepada pakej tayar yang berbeza.

 

  

3.  Bateri 


Pelanggan yang perlu menukar bateri akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk bateri baharu berharga bermula RM365, bergantung kepada model di bawah promosi bateri yang sedang berlangsung sekarang dan telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini. 

Semua kenderaan Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Untuk layak menerima manfaat kempen ini, tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh promosi, tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.   

 

 

Maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Volkswagen atau layari laman web www.volkswagen.com.my .