Rupa baharu M2 2023 buruk? Aksesori M Performance ini mungkin akan mengubah fikiran anda

oleh Penyumbang Rencana 2|
Beberapa hari yang lepas kita telah didedahkan dengan rupa baharu BMW M2 Coupe 2023, reka bentuknya yang berpetak berbanding generasi sebelumnya membuatkan rupa BMW yang baharu ini sukar diterima orang ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh itu,BMW telah mengumumkan  penawaran aksesori  M Performance untuk M2 baru ini, termasuk beberapa aksesori luaran yang mungkin akan mengubah pendangan anda.
 

M2


Bagi anda yang menginginkan aerodinamik tambahan, M Performance menawarkan  komponen yang diperbuat daripada plastik bertetulang gentian karbon (CFRP) untuk kemasukan sisi  pada bahagian depan.

Melalui naik taraf alat, ini rupa hadapan M2 yang berkotak ini kelihatan lebih garang dan menarik. Sebagai tambahan, CFRP untuk splitter hadapan juga ditawarkan bersama sepasang skirt sisi. 
 

M2


Selain itu, M Performance juga menawarkan spoiler karbon pada bahagian belakang bumbung, dan juga pilihan antara spoiler decklid atau spoiler gaya GT yang lebih tradisional dimana kesemuanya diperbuat dari CFRP.

M Performance Parts yang ditawarkan ini bukan sahaja datang dengan tambahan aerodinamik dan rupa luaran semata-mata, terdapat juga kit naik taraf prestasi M2 baharu ini.
 

M2


Antaranya ialah pilihan untuk menggantikan ekzos asal dengan ekzos paip yang baharu bersama peredam yang diperbuat daripada titanium. 

BMW menyatakan bahawa dengan menggantikan ekzos sahaja dapat mengurangkan berat asal sebanyak 8kg, sekaligus dapat meringankan lagi M2 baharu ini yang sememangnya sudah  sedia ringan itu.

Sumber: MotorTrend
Penulis: Ahmad Danial

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ia membawakan ukuran dimensi sepanjang 4,580 mm, lebar 1,877 mm, tinggi 1,403 mm dengan jarak…
Berita Global
Berdasarkan hantaran di Instagram Wilcoblok, beliau mendakwa gambar-gambar itu merupakan imej rasmi…
Berita Global
Rupa paras mana-mana model BMW tidak akan terlepas daripada menjadi bualan ramai, dan tidak…