Rupa sebenar Toyota Avanza 2022 didedahkan - bakal jadi Perodua Alza generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Generasi terkini MPV keluarga pilihan ramai Toyota Avanza sebenarnya sudah pun 10 tahun berada di pasaran sejak ia diperkenalkan pada tahun 2011, dan sudah beberapa versi facelift telah pun dilancarkan kepada umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan terdahulu, generasi baharu Toyota Avanza dijangka akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini, namun tidak disangka-sangka kelibat model ini sudah pun dikesan berada di Indonesia - tanpa sebarang pelekat samaran langsung!

Imej yang diperoleh daripada rakan media Autonetmagz menampilkan sebuah Toyota Avanza Veloz yang membawakan perubahan yang agak besar dari segi luaran dan juga dalaman.
 

Avanza


Sekali imbas, jarak antara roda Toyota Avanza ini ternyata telah bertambah panjang, dan ini memberikan petunjuk bahawa ruang kabin kini bertambah luas.

Versi yang diperlihatkan ini berkemungkinan besar merupakan versi MPV yang standard tanpa sebarang kehadiran pelindung cladding plastik pada bahagian bawah badan.
 

Avanza


Dari segi penampilan, Avanza generasi baharu ini tampak lebih radikal dengan gril yang agak besar mirip RAV4, rekaan bampar yang agresif, diikuti dengan lampu LED yang nipis.

Ruang belakang pula mengingatkan penulis kepada rekaan lampu Corolla (dan RAV4) dengan jalur (berkemungkinan LED) yang menghubungkan antara lampu kiri dan kanan, serta emblem Q yang merujuk kepada versi model yang dilengkapi sistem Toyota Safety Sense (TSS).
 

Avanza


Memasuki ruang kabin, ternyata penawaran Toyota Avanza menjadi semakin moden mengikut peredaran masa, dimulakan dengan skrin infotainmen tengah terapung, kawalan pendingin hawa dengan paparan digital.

Di bahagian konsol tengah pula menempatkan tuil gear CVT yang akan ditawarkan pada semua varian Avanza, diikuti dengan kehadiran dua butang fungsi baharu iaitu brek parkir elektronik dan ciri auto hold.

Disebabkan Avanza Veloz Q ini merupakan versi tertinggi, bahagian tengah kabin pula menempatkan skrin paparan yang terpasang pada bahagian bumbung.
 

Avan


Tempat duduk baris kedua pula boleh dilaras ke depan atau ke belakang, serta boleh dilipat dalam nisbah 60:40 untuk memaksimumkan lagi ruang kargo sedia ada.

Berdasarkan laporan terdahulu, Toyota (dan Daihatsu) mahu meringkaskan lagi penawaran model MPV sedia ada, di mana Avanza generasi baharu tidak lagi menggunakan rangka ladder frame dan pacuan roda belakang, sebaliknya menggunakan platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture) yang sama digunakan pada Toyota Raize/Daihatsu Rocky/Perodua Ativa, sistem pacuan roda depan dan transmisi CVT.
 

Avanza


Jadi, dengan terteranya reka bentuk Avanza generasi baharu, adakah ini bakal dijadikan sebagai model Perodua Alza generasi baharu?

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, sehingga saat ini UMW Toyota Motor telah…
Pelancaran
Berbanding Avanza yang menggunakan platform ladder frame dan sistem pacuan roda belakang, Toyota…
Pelancaran
Untuk model terbaharu dengan kod nama D27A ini, Perodua kini menggunakan platform Daihatsu New…