Rusia kini import kereta terpakai dari Jepun

oleh Penyumbang Rencana|
Sejak Moscow menghantar tentera ke Ukraine pada Februari yang lepas, pengeluaran kereta untuk pasaran Rusia telah merosot disebabkan oleh banyak pengeluar menghentikan operasi mereka di sana, serta tindakan sekatan akses kepada komponen automotif dari negara luar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan Reuters, hal ini menyebabkan permintaan terhadap kereta terpakai dari Asia melambung tinggi dan melalui data yang dikongsikan, Jepun telah menyumbang lebih daripada tiga perempat kereta terpakai yang diimport untuk Rusia.

Data daripada agensi analisis Rusia Autostat mendedahkan jumlah import kereta baru pada bulan Ogos adalah jauh lebih rendah berbanding rekod pada bulan Februari.

Namun, jumlah import kereta terpakai didapati meningkat dua kali ganda daripada hanya 11,005 unit kepada 23,117 unit.

Pegawai Kastam di Pelabuhan Timur Vladivostok, Rusia mengatakan bahawa pembeli individu telah mengimport lebih 100 ribu unit kereta melalui bandar itu sejak Januari hingga Ogos, menyumbang kepada peningkatan hampir 50 peratus.

Selepas konflik Rusia-Ukraine berlaku, Persatuan Perniagaan Eropah (AEB) melaporkan unjuran jualan kereta baharu pada tahun 2022 di Rusia telah menurun sehingga 50 peratus berbanding jangkaan pertumbuhan 3.3 peratus.

Sumber: Reuters
Penulis: Ahmad Danial Yasin