RV mewah dua tingkat ini pernah dimiliki oleh Will Smith - sewa satu malam RM38k SAHAJA!

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat bermacam-macam jenis RV (recreational vehicle) yang pernah kami tampilkan, namun versi yang dipaparkan kali ini dikatakan merupakan antara RV yang paling besar, paling mewah dan paling mahal di dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

RV ini pada asalnya bermula sebagai sebuah trailer semi bersaiz penuh, namun pembinanya Ron Anderson berjaya menjadikan trailer ini menjadi sebuah RV dua tingkat, lengkap dengan bermacam kemudahan dan kemewahan.
 

RV


Dengan struktur bumbung yang boleh dinaikkan, serta beberapa bahagian yang boleh digelongsor keluar menggunakan kuasa elektrik, anda boleh menikmati ruang sebesar 111 meter persegi.

Kos untuk membina RV ini bukanlah murah.
 

RV


Untuk bahagian dapur sahaja, Anderson telah membelanjakan sebanyak $200,000, diikuti $125,000 untuk permukaan granit, serta tidak kurang daripada 14 unit televisyen yang dimuatkan pada RV ini.

Dengan nilai $2.5 juta, RV ini disenaraikan sebagai sebuah 'rumah bergerak' yang paling mahal di atas muka bumi.
 

RV


Ingin menikmati pengalaman di dalam RV ini? Anda boleh menyewanya dengan kadar $9,000 untuk satu malam, atau RM38k mengikut kadar pertukaran mata wang semasa!

Video penuh boleh ditonton pada pautan di bawah:

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Susulan kunjungan awal Caravaning Industrie Verband e.V. (CIVD) (Persatuan Industri Karavan),…
Berita Domestik
Penyerahan sijil VTA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Knaus Tabbert AG, Wolfgang Speck itu…
Berita Global
Sebuah syarikat pemula dari Latvia, Zeltini telah mengemukakan idea menarik di mana satu binaan…