RWB Porsche 911 untuk dijual - RM633 ribu sahaja di eBay!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siapa yang tidak kenal penala khusus Porsche kustom yang terkenal serata dunia, Akira Nakai menerusi jenama Rauh-Welt Begriff (RWB)?

Setiap model Porsche yang beliau sentuh adalah unik, dan mempunyai identiti yang tersendiri. 

Oleh sebab itu, bagi mereka yang inginkan sebuah Porsche RWB, ini mungkin merupakan peluang anda kerana di laman web eBay Motors terdapat salah sebuah daripada hasil talaan Akira Nakai untuk dijual. 
 


Porsche 911 tahun 1997 ini dibina oleh Akira Nakai pada tahun 2016 dan seperti mana tipikal sebuah kereta RWB, ia turut menerima kit badan super lebar dan wing belakang yang sangat unik. 

Antara barang menarik yang ada pada Baymax (nama manja Porsche 993 ini) termasuklah coil-over Bilstein RS-Pro, rim Rotiform YVR three-piece dengan kelebaran 13.5 inci di bahagian belakang, serta bukaan ruang udara untuk penyejukan sistem brek. 
 


Memasuki ruang dalaman pula, sangkar keselamatan menyambut kehadiran pemandu selain daripada stereng Momo, tempat duduk jenis bucket daripada gentian karbon, dan pad kulit yang dijahit ala-ala berlian. 

Untuk menambahkan nilai estetika yang tersendiri di kalangan para peminat RWB, Baymax ini juga menerima tandatangan istimewa daripada Akira Nakai pada papan pemuka. 
 


Bagi mereka yang berminat, kereta ini dijual pada harga bermula dari $155,000 (RM633 ribu) sahaja dan boleh dilihat menerusi laman web eBay

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 itu, HotWheels mengadakan Jelajah 50 Tahun Asia Tenggara…