S bermakna sporti - Bentley lancar Continental GT S, GTC S 2023

oleh Mohamad Hanif|
Bentley membawakan penawaran baharu bagi keluarga Continental GT menerusi pengenalan varian Continental GT S dan Continental GTC S.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memfokuskan kepada prestasi pemanduan serta rupa paras yang lebih sporti, beberapa perubahan dibawakan pada varian baharu ini gri hadapan hitam berkilat, lencana S pada fender depan, tinta gelap pada unit lampu depan dan belakang, tip ekzos hitam, serta kemasan hitam pada sesetengah tempat kecuali logo Bentley yang masih kekal dengan krom cerah.
 

GTS


Model-model GT S dan GTC S didatangkan dengan angkup brek berwarna merah, diikuti dengan pilihan rim baharu bersaiz 22 inci (kemasan hitam berkilat atau Pale Brodgar Satin), atau rim 21 inci dengan kemasan yang unik.

Untuk ruang kabin, Bentley mendatangkan kemasan Dinamica pada roda stereng, tombol gear, kusyen dan bahagian belakang manakala balutan kulit pula boleh didapati pada bahagian pad pintu, bolster tempat duduk, panel instrumen dan konsol.
 

GT S


Tema sporti diteruskan pada bahagian skrin paparan di depan pemandu di mana ia kini menampilkan grafik berorientasikan prestasi, diikuti dengan emblem S pada penghadang kepala, dan lencana logam 'S' pada bahagian treadplate bercahaya menggantikan plak Bentley Motors Ltd.

Bentley Continental GT S dan GTC S masih lagi mengekalkan enjin crossplane bentangan V8 4.0 liter yang mampu menghasilkan 550 PS dan 770 Nm, dengan prestasi pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.0 saat.
 

GTC S


Sistem Bentley Dynamic Ride didatangkan sebagai ciri standard, di mana ia merupakan sebuah sistem kawalan anti-oleng aktif berkuasa elektrik 48 voltan yang dibangunkan sendiri oleh Bentley bagi meminimumkan olengan badan dan menambahbaik aspek keselesaan pada kelajuan jelajah di lebuh raya.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…