Safe Kids Malaysia dan Prasarana lancar minggu keselamatan jalan raya PBB ke-7

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (Safe Kids Malaysia) dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad telah melancarkan program Minggu Keselamatan Jalan Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-7.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai sebuah NGO bersekutu bagi keselamatan jalanraya, program yang dijalankan setiap dua tahun itu bertujuan memberi kesedaran umum tentang kaedah untuk mengatasi kemalangan dan kematian jalan raya yang tinggi di peringkat global.

Bertemakan ‘Rethink Mobility’ pada tahun ini, program tersebut menekankan penggunaan pengangkutan awam selain berbasikal dan berjalan kaki sebagai kaedah perjalanan alternatif bagi membantu mengurangkan kemalangan di jalanraya.

Program tahun ini juga mahu mengajak semua pihak berkenaan termasuk penggubal dasar, operator perkhidmatan pengangkutan awam serta pengguna jalan raya untuk memikir semula kaedah pergerakan (mobiliti) yang lebih selamat bagi orang ramai.

Menurut Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Prof. Dr. Kulanthayan, setiap tahun, kira-kira 50 juta orang di seluruh dunia menjadi mangsa kemalangan jalan raya dan daripada jumlah tersebut, seramai 1.3 juta orang maut.

Menurut beliau juga, kemalangan jalan raya merupakan pembunuh utama kanak kanak dan golongan muda di peringkat global.

Ketua Pegawai Kesihatan, Keselamatan, Persekitaran & dan Pembangunan Lestari Kumpulan Prasarana, En Idzqandar turut menyatakan bahawa Prasarana sentiasa komited dalam memainkan peranan bagi menggalak serta memperkasa penggunaan pengangkutan awam.

Melalui inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan, Prasarana berharap agar kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Antara inisiatif yang dilaksana Prasarana adalah kolaborasi dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam mewujudkan laluan khas bas bagi menambahbaik kebolehpercayaan perkhidmatan.

Ianya termasuk pas perjalanan My50 untuk rakyat Malaysia, dan kerjasama strategik dengan Kumpool serta penyedia-penyedia perkhidmatan e-hailing yang lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada perjumpaan tersebut, Prof Madya Dr. Kulanthayan KC Mani, Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia…