Safe Kids Malaysia UPM derma helmet motosikal untuk pelajar SJKT Ladang Emerald

oleh HEZERI SAMSURI|
Projek keselamatan sosial, Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan acara kempen kesedaran keselamatan jalanraya untuk pelajar-pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Emerald.

Acara yang dilakukan pada 13 November lalu melihat sumbangan helmet motosikal kepada 50 orang pelajar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Prof Madya Dr Kulanthayan K. C. Mani dari Jabatan Kesihatan Komuniti dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, kesemua pelajar yang terpilih itu ialah pelajar-pelajar yang memang hadir ke sekolah menaiki motosikal tetapi tidak memakai helmet.

Pemberian helmet yang ditaja oleh Yayasan Halliburton USA itu diharapkan akan dimanfaatkan oleh para pelajar tersebut dengan menggunakannya untuk ke sekolah.

Careta menyokong penuh aktiviti seperti ini yang memberi fokus kepada sekolah-sekolah luar bandar. Semoga lebih banyak lagi syarikat-syarikat swasta yang mahu menyumbang menerusi program Safe Kids Malaysia UPM ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan minggu lalu, pengguna motosikal hanya dibenarkan menggunakan topi keledar jenis…
Berita Domestik
Ini merupakan satu berita baik di mana anda kini boleh mendapatkan topi keledar Gracshaw edisi…
Pelancaran
Seramai 100 orang pemilik pertama Shoei X-Fifteen telah dijemput menghadiri acara pratonton…