Sayangnya, model konsep ini hanya wujud dalam bentuk digital tetapi syarikat Alpha berkata sedan elektrik saiz sederhana (segmen C) ini bakal didatangkan dengan spesifikasi berikut:
- Pek bateri untuk perjalanan sejauh 482 km dengan sekali caj
- Model 1 motor (RWD) atau 2 motor (AWD)
- Pecutan 0-60 bsj dalam 6.0 saat
- Sistem pengecaj pantas (rapid charger)
- Penyejuk dan pemanas unit bateri
- 5 penumpang
Dengan bentuk yang mirip seperti sebuah Alfa Romeo Giuletta 1974, Saga ini pasti menarik.
Buat masa sekarang, tidak ada informasi tentang syarikat Alpha Motor Corporation dan dalam dunia sekarang di mana hampir kesemua syarikat kenderaan elektrik menghasilkan sekurang-kurangnya satu unit prototaip, pelancaran menggunakan gambar digital CGI sahaja adalah umpama ceramah ahli politik ketika pilihanraya - janji hari ini, esok dah lupa.