SAH! BMW bakal lancar model wagon M3!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan rasmi, BMW telah mengumumkan kehadiran produk pantas M3, kali ini dalam bentuk badan wagon buat pertama kalinya dalam sejarah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut pengeluar automotif dari Jerman, BMW M3 Touring itu akan muncul selepas pelancaran rasmi BMW M4 Convertible yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.

Ini bermakna, BMW M3 wagon yang pertama itu akan hadir menjelang lewat tahun 2022.

Sementara model BMW M3 Sedan dan M4 Coupe pula akan dilancarkan secara rasmi pada bulan September ini.

BMW M3 Touring kini sedang berada di dalam fasa awal pembangunan, manakala prototaip pertama pula akan muncul di jalan raya umum untuk tujuan pengujian dalam masa beberapa bulan akan datang.

Kali terakhir berita berkenaan model M3 Wagon adalah kira-kira 20 tahun lalu menerusi model E46 namun ia tidak pernah menerima lampu hijau.

Dari segi kuasa, BMW M3 Touring akan didatangkan dengan nadi enam silinder sebaris S58 3.0 liter yang mampu menjana 473 hp atau 503 hp dalam varian Competition.

Baca: BMW M3 Wagon tak rasmi
Baca: BMW M3 Touring - Alpina B3 2020
Baca: BMW 3-Series Touring 2020
Baca: Ciri tersembunyi pada BMW 3-Series Touring 2020
Baca: Wagon M tidak relevan - Bos BMW M

Berita Berkenaan

Berita Global
Kisah wagon pantas Mercedes-Benz bermula apabila Richard Buxbaum, pengasas AMG cawangan Amerika…
Telah Diuji
Sudah banyak SUV yang penulis uji sebelum ini, dan ada di antaranya menawarkan spesifikasi yang…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…