Sah! Ford kembali ke perlumbaan F1 bersama pasukan Red Bull pada tahun 2026

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Satu berita mengujakan untuk peminat perlumbaan Formula One apabila Ford, syarikat gergasi automotif dari US telah mengesahkan bahawa mereka akan kembali ke Formula One pada tahun 2026 bersama pasukan Red Bull.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perkara itu telah diumumkan oleh Ford bertempat di New York semasa majlis pelancaran livery tahun 2023 untuk pasukan Red Bull.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Jim Farley berkata, “Kepulangan Ford ke Formula 1 bersama Red Bull Racing adalah mengenai ke mana kami akan pergi sebagai sebuah syarikat yang semakin ke arah elektrik, ditakrifkan perisian, kenderaan moden dan pengalaman,”

 

2

 

“F1 akan menjadi platform yang sangat menjimatkan kos untuk berinovasi, berkongsi idea dan teknologi serta melibatkan diri dengan berpuluh juta pelanggan baharu.”

Ford dilihat akan menjadi rakan strategik yang akan menyediakan kepakaran teknikal kepada pasukan Red Bull, dimana Ford akan menyediakan kepakaran dalam bidang sel bateri, teknologi motor elektrik, perisian dan analitik kawalan unit kuasa serta pembangunan enjin dalaman.

Pada 2021, Red Bull telah membangunkan fasiliti unit kuasa mereka yang tersendiri setelah pembekal enjin mereka iaitu Honda dikatakan mahu menarik diri dari perlumbaan Formula One.

 

3

 

Red Bull Powertrains, merupakan syarikat enjin yang berpangkalan di kilang pasukan F1 tersebut di Milton Keynes, England, dimana mereka telah pun memulakan pembangunan enjin baharu yang akan memenuhi peraturan enjin baharu F1 tahun 2026.

Hingga peraturan itu berkuatkuasa pada tahun 2026, Jentera F1 akan terus dikuasakan dengan enjin V6 Turbo-Hibrid, tetapi dengan peningkatan kuasa elektrik dan penggunaan bahan api sintetik yang mampan dalam enjin pembakaran dalaman.

Pengetua dan Ketua Pegawai Eksekutif pasukan Red Bull, Christian Horner berkata, “Sungguh mengagumkan untuk mengalu-alukan Ford kembali ke Formula 1 melalui perkongsian ini,” 

 

4

 

“Sebagai pengeluar enjin bebas untuk mempunyai keupayaan bagi mendapat manfaat daripada pengalaman OEM seperti Ford meletakkan kami dalam kedudukan yang baik terhadap persaingan."

Pengerusi eksekutif Ford, Bill Ford berkata, “Ini adalah permulaan lembaran baharu mendebarkan dalam kisah sukan permotoran Ford yang bermula apabila datuk saya memenangi perlumbaan yang membantu melancarkan syarikat kami,” 

"Ford kembali ke kemuncak sukan itu, membawa tradisi lama inovasi, kemampanan dan elektrifikasi Ford ke salah satu peringkat yang paling ketara di dunia."

 

5

 

Tentunya, dengan kedatangan semula Ford ke dalam salah satu sukan permotoran yang mengujakan di dunia, ia akan mengembalikan keterujaan untuk melihat persaingan diantara musuh-musuh lama Ford.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali berkata, “Berita bahawa Ford akan datang ke Formula 1 mulai 2026 sangat bagus untuk sukan ini dan kami teruja untuk melihat mereka menyertai rakan kongsi automotif luar biasa yang sudah pun berada dalam Formula 1.”

“Ford ialah jenama global dengan warisan yang luar biasa dalam perlumbaan dan dunia automotif, dan mereka melihat nilai besar yang disediakan oleh platform kami dengan lebih setengah bilion peminat di seluruh dunia."

 

 

 

“Komitmen kami untuk menjadi Sifar Karbon menjelang 2030 dan memperkenalkan bahan api mampan dalam kereta F1 mulai 2026 juga merupakan sebab penting bagi keputusan mereka untuk memasuki F1."

"Kami percaya bahawa sukan kami akan memberi peluang dan jangkauan tidak seperti yang lain dan kami tidak sabar menunggu logo Ford berlumba di litar ikonik F1 mulai 2026.”

 

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…