SAH: Hyundai henti produksi Veloster Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai dilapor akan menamatkan terus produksi kereta hatchback coupe Veloster pada bulan Julai ini selepas bertahan selama dua generasi bermula dari tahun 2011.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut penerbitan Korea Selatan, Hankyung, Hyundai Motor Company akan menghentikan terus produksi Veloster selepas 11 tahun bagi memberikan laluan kepada model Kona generasi baharu, serta penjualan model Elantra N di negara tersebut.

Hyundai pada ketika ini hanya menghasilkan Veloster N secara eksklusif, di mana model Veloster standard tidak lagi ditawarkan kepada umum.
 

Elantra N


Antara sebab lain yang menyebabkan penamatan produksi Veloster adalah kehendak pasaran yang lebih mahukan model Elantra N berbanding model Veloster N.

Sejak pengenalan Elantra N pada tahun lalu, Hyundai menyaksikan penurunan angka jualan Veloster N disebabkan pakej Elantra N yang jauh lebih praktikal, biarpun prestasi yang ditawarkan adalah lebih kurang serupa.

Sebelum ini, Hyundai dilapor telah menghentikan penawaran model Veloster untuk pasaran Amerika Syarikat disebabkan permintaan yang kurang memberangsangkan.

Baca: Hyundai Elantra N

Baca: Hyundai Veloster N

Sumber: Hankyung

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, varian-varian standard seperti 2.0, 2.0 Premium, R-Spec, Turbo dan Ultimate tidak…
Berita Global
Dengan penggunaan transmisi DCT lapan nisbah kelajuan ini, Hyundai mendakwa ia mampu meningkatkan…
Berita Global
Namun, model yang ditawarkan pada masa ini hanyalah dihadkan kepada model bertransmisi manual enam…