SAH: Jenama elektrik Zeekr bakal masuk pasaran Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada jenama elektrik smart, sebuah lagi jenama kereta elektrik China bakal muncul di pasaran tempatan, iaitu Zeekr.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara tersebut didedahkan menerusi laman Facebook smart Malaysia yang melaporkan lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz ke kilang pengeluaran smart di Ningbo City, China yang turut disertai oleh delegasi dari MITI, MIDA, Matrade, DRB-Hicom dan Proton.

 


Dalam ciapan di laman mikroblog Twitter, Tengku Zafrul juga menyebut beliau sudah memandu uji kereta elektrik Zeekr 001 dengan mengatakan "memang power betul pecut dia!"

Sebuah lagi gambar diperlihatkan Menteri MITI itu sedang memandu uji sebuah EV berjenama Lotus, berkemungkinan besar model SUV elektrik Lotus Eletre.
 

Lotus


Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar jenama itu bakal membuat kemunculan di Malaysia, namun yang pasti jenama smart bakal melancarkan model EV pertama mereka pada suku ketiga tahun ini.

Sebagai info, pada tahun lalu Proton telah dilantik sebagai pengimport dan pengedar rasmi kenderaan elektrik jenama smart uuntuk pasaran Malaysia dan juga Thailand.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan The Business Times, dua model pertama yang akan dibawa masuk oleh pengedar sah…
Berita Global
Sambutan yang diterima cukup memberangsangkan apabila syarikat dibawah naungan Geely itu berjaya…
Model Terbaharu
Hadir sebagai pesaing kepada Tesla Model S Plaid, Zeekr 001 FR menampilkan empat motor elektrik…