SAH: PETRONAS SRT bakal diganti entiti baharu 16 Sept ini

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team dalam satu kenyataan yang baharu sahaja dikeluarkan mengesahkan penamatan penyertaan di dalam kelas perlumbaan MotoGP, Moto2 dan Moto3 selepas musim MotoGP 2021 berakhir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, Prinsipal pasukan SRT, Datuk Razlan Razali serta Pengurus Pasukan Johan Stigelfelt bakal meneruskan usaha di dalam kategori MotoGP dengan menggunakan entiti baharu bermula 2022.

Entiti baharu serta rakan penaja bakal diumumkan sendiri oleh Razlan Razali di GP Octo, San Marino e della Riviera di Rimini pada 16 September ini.
 
Semenjak ditubuhkan sehingga kini, pasukan PETRONAS SRT telah berjaya merangkul 12 kedudukan petak pertama, 16 podium, serta enam kemenangan di dalam kategori MotoGP, diikuti dengan 1 kedudukan petak pertama dan 1 podium untuk kategori Moto2, serta enam kedudukan petak pertama, 12 podium serta 2 kemenangan diraih dalam kategori Moto3.

"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kru, pelumba, peminat serta rakan penaja atas sokongan mereka, terutama PETRONAS selaku penaja utama kami, serta Sepang International Circuit dalam membantu pencarian bakat anak Malaysia di dalam sukan permotoran.

"Impian kami adalah untuk meletakkan pelumba Malaysia di podium MotoGP, sayangnya kami tidak dapat mencapai matlamat ini dalam tempoh masa yang singkat. 

Berita Berkenaan

MotorGP
Ditawarkan dalam kuantiti terhad 100 helai sahaja, setiap satu barangan tersebut dibuat secara…
MotorGP
Dalam satu temubual yang diadakan secara maya baru-baru ini, Razlan menegaskan pasukan baharu SRT…
MotorGP
Menurut laporan daripada Crash.net, Prinsipal pasukan PETRONAS SRT Razlan Razali memberitahu…