SAH: Produksi Honda e tamat Januari 2024

oleh Mohamad Hanif|
Honda dalam satu kenyataan rasmi kepada laman Top Gear dan Automotive News mengesahkan model kereta elektrik retro yang comel, Honda e akan ditamatkan penawarannya di Eropah, di mana buku tempahan telah pun ditutup.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, Honda turut memaparkan satu mesej pada laman web di Jepun yang menyebut, "Produksi Honda e akan berakhir pada Januari 2024."

Honda e muncul secara rasmi pada Frankfurt Motor Show 2019 sebagai sebuah model EV retro yang mengingatkan kita pada Honda Civic CVCC, dengan jarak gerak sejauh 220 km untuk sekali cas penuh.
 

honda e


Menurut Automotive News, Honda menyasarkan angka jualan tahunan berjumlah 10,000 unit, namun disebabkan harga yang agak mahal (bermula dari €33,470 (RM169 ribu) untuk versi asas, sasaran tersebut sukar untuk direalisasikan.

Honda e juga berdepan cabaran besar apabila pesaing seperti Volkswagen ID.3 muncul dengan harga jualan yang lebih kompetitif dan spesifikasi yang jauh lebih praktikal.

Difahamkan, Honda e akan digantikan secara terus oleh crossover elektrik Honda e:NY1, dengan harga jualan bermula dari €47,990 (RM242,771) dan jarak gerak sejauh 412 km.

Ya, sebab semua orang sukakan SUV sekarang ni.

Baca: Honda e (Jepun)

Baca: Honda e:NY1 (Eropah)

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh…
Berita Global
Sayang sekali, tidak banyak perubahan teknikal dibawakan pada model edisi terhad ini, melainkan…
Berita Global
Menurut berita dari Nikkei, satu acara penutupan ringkas telah pun berlangsung di fasiliti tersebut…