SAHAM TESLA MELONJAK SELEPAS PERJANJIAN CHINA

oleh Firdaus Razani|
Saham Tesla telah melonjak selepas laporan firma itu telah menyelesaikan halangan pengawalseliaan penting di China dengan bekerjasama dengan gergasi pencarian iaitu Baidu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu pemimpin nombor dua negara itu, Perdana Menteri Li Qiang.

Perjanjian dengan Baidu membawa Musk selangkah lebih dekat untuk melancarkan teknologi pandu sendiri Tesla di China.

Penganalisis Wedbush Daniel Ives berkata ia adalah satu detik bermakna. Tesla telah dihubungi untuk mendapatkan komen namun Baidu enggan mengulas.

Encik Ives berkata syarikat itu menghadapi "persaingan kenderaan elektrik domestik yang besar di China bersama-sama dengan permintaan yang perlahan”, tetapi "kisah penilaian jangka panjang" bergantung padanya juga mendapat kelulusan untuk pemanduan autonomi sepenuhnya.

Perjanjian dengan Baidu yang dilaporkan akan membolehkan Tesla meneruskan beberapa teknologi pemanduan autonomi di China.

Perkhidmatan pemetaan dan navigasi Baidu akan membantu teknologi pandu sendiri Tesla, termasuk tempat letak kereta berbantu, tetapi teknologi autonomi penuh masih memerlukan kelulusan lanjut.

Tesla ialah salah satu pengeluar kereta elektrik terbesar di dunia, dan China ialah pasaran kedua terbesarnya, tetapi ia masih belum melancarkan pemanduan autonomi di sana seperti yang dilakukan di negara lain, seperti AS.

 

Laporan lanjut di BBC

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…
Berita Global
Menurut laporan Electrek, pekerja di pembuat kereta itu menerima e-mel pada hujung minggu sebagai…