Salah guna diskaun pekerja, jurujual FCA mungkin terpaksa merengkok dalam penjara 20 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang penasihat jualan Fiat Chrysler Automobiles (FCA) dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan menyalahgunakan diskaun pekerja bagi melariskan jualan kenderaan, sehingga mengakibatkan kerugian berjumlah $8.7 juta (RM35.6 juta) kepada pengeluar tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada The Detroit News, jurujual tersebut, Apollo Nimo, 34 tahun daripada Parkway Chrysler Dodge Jeep Ram dikatakan menawarkan diskaun pekerja kepada pembeli yang tidak layak.

Di bawah program Employee Purchase Control Number (dan tertakluk kepada nombor pendaftaran pekerja yang diberikan), FCA menawarkan diskaun sehingga lima peratus untuk setiap pekerjanya bagi pembelian kenderaan baharu, dan diskaun tersebut boleh diberikan kepada saudara mara yang terdekat.

Terdapat beberapa rekod nombor pendaftaran pekerja-pekerja FCA telah dijual di dalam Facebook Group peribadi, dan ia diperkuatkan lagi dengan aduan daripada pekerja FCA yang mendapati nombor mereka telah digunakan tanpa kebenaran.

 


Berdasarkan siasatan, dalam tempoh bermula 2016 hingga 2018, sebanyak 268 nombor pendaftaran pekerja telah digunakan secara tidak sah untuk pembelian kenderaan berdiskaun.

Ini bermakna dengan bantuan Apollo, boleh dikatakan hampir setiap orang 'layak' mendapat diskaun pekerja walaupun mereka tidak memiliki sebarang kaitan dengan pekerja-pekerja FCA. .

Kes ini menjadi semakin meragukan apabila dalam tempoh bulan Januari 2020 sahaja, Apollo seorang berjaya menjual kira-kira 250 unit kenderaan, satu angka yang luar biasa tingginya.

Menurut FCA, kes ini mengakibatkan kerugian bernilai $8.7 juta (RM35.6 juta), malah Apollo juga sebelum ini turut menerima ganjaran berasingan bernilai $700,000 (RM2.87 juta) disebabkan prestasi 'cemerlang' beliau menjual kenderaan.

Apollo telah ditahan pada minggu lalu, dan sabit kesalahan boleh menyebabkan jurujual itu merengkok di dalam penjara selama 20 tahun.

Sumber: The Detroit News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pesuruhjaya Kehakiman Dr Shahnaz Sulaiman, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan…
Berita Domestik
Menerusi langkah proaktif ini, HSDM akan menawarkan 'Elaun Kesusahan' kepada perunding jualan dari…
Berita Domestik
Ia merupakan talian pertanyaan menggunakan platform WhatsApp yang dikhususkan untuk memberikan…