Salahlaku agensi MOT: Anthony Loke mahu jumpa KP SRPM

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor akan berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Bernama, perjumpaan itu bertujuan untuk mendapatkan penjelasan berkaitan laporan pendedahan salah laku pegawai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Saya tiada maklumat sebab ini laporan media, namun sebab beliau (Azam) ada sebut tentang agensi dan jabatan di bawah MOT, saya akan pohon janji temu dengan KP SPRM untuk bertemu beliau dan dapatkan laporan lanjut,” katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan pendedahan Azam yang menyebut beberapa agensi kerajaan mengabaikan lebih 500 laporan salah laku membabitkan kakitangan mereka, walaupun SPRM telah mengesyorkan untuk mengambil tindakan, antaranya melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan keagamaan dan hospital.

Loke berkata pertemuan dengan Azam merupakan langkah awal sebelum sebarang tindakan diambil bagi berlaku adil terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan yang mungkin terlibat, selain tidak menuding jari serta-merta tanpa bukti kukuh.

Langkah lain yang akan dilaksanakan antaranya ialah mendapatkan senarai nama kakitangan dan kes melibatkan mereka, katanya.

"Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku di bawah MOT serta akan bekerjasama penuh sekiranya laporan salah laku berkenaan mempunyai bukti kukuh," katanya yang memandang serius laporan pendedahan Azam itu.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mereka digalak merakam gambar perbuatan menyalahi peraturan ini dan melaporkannya menerusi…