Saman AES berjumlah RM435 juta dilupuskan

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengumumkan saman-saman AES sejak 2012 akan dilupuskan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia melibatkan sebanyak 3.1 juta saman bernilai RM435 juta. 

 

Tindakan ini diambil selepas kerajaan bersetuju untuk mengambil alih AES dari dua buah syarikat konsesi yang menyelenggara sistem kamera halaju tersebut setelah kontrak mereka tamat 31 Ogos ini.

 

JPJ akan memulakan operasi AES dari konsesi itu pada 1 September 2018.

 

Sejarah AES bermula pada tahun 2012 bila kerajaan dahulu melantik dua syarikat, Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd untuk melakukan operasi AES.

 

Kedua-dua syarikat itu dikatakan mempunyai kaitan dengan parti politik yang menerajui kerajaan ketika itu. 

 

Pihak pembangkang dan rakyat mula berang bila mendapat tahu kedua konsesi itu akan mendapat RM16 dari setiap saman yang berjaya dikutip.

 

Dalam tahun 2015, kerajaan  membayar sejumlah RM555 juta untuk mengambil alih peralatan AES (yang hanya mengandungi 40 buah kamera halaju) dan menyerahkannya kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), melalui anak syarikatnya Irat Properties untuk mengendalikan AES.

 

Anthony meminta maaf kepada 690,000 orang pesalah laku AES yang telah membayar saman-saman yang telah dikeluarkan dan berkata ia cuma 18 peratus dari jumlah sebenar yang dikenakan saman. 

 

“Untuk yang telah membayar, kami ucapka terima kasih dan minta maaf,” ujar Anthony.

 

Menarik bukan? Kerugian rakyat tidak begitu penting. Syabas.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata hal ini kerana kajian yang…
Berita Domestik
Bermula dengan hanya 14 unit kamera, sistem AWAS kini terdapat lebih daripada 40 lokasi di seluruh…
Berita Domestik
Roads.sg mendakwa bahawa ia dilakukan mungkin kerana "mereka hendak lari dari ditangkap oleh kamera…