Saman tertunggak - PDRM mungkin halang kereta Singapura lepasi sempadan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenderaan asing yang mempunyai saman tertunggak dicadangkan untuk tidak dibenarkan masuk ke Malaysia selagi tidak melunaskan bayaran.

Langkah tersebut merupakan cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sama seperti penguatkuasaan yang dilakukan kerajaan Singapura terhadap kenderaan asing dimulai semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya akan membincangkan perkara tersebut dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam masa terdekat.

“Kita akan berbincang dgn JPJ untuk mengambil langkah yang sama dan mencari pendekatan ke atas kenderaan negara luar yang memasuki Malaysia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Larangan tersebut bermula semalam bagi kenderaan asing yang masuk ke republik tersebut dalam usaha memastikan saman tertunggak melibatkan pelbagai kesalahan dilunaskan.
 


Pada Februari lalu, beberapa agensi kerajaan Singapura dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, kenderaan asing yang mempunyai jumlah denda yang belum dijelaskan tidak akan dibenarkan memasuki republik itu mulai semalam.

Agensi kerajaan Singapura yang tersebut ialah Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB), Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA), Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), Polis Singapura (SPF) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Menurut kenyataan bersama itu, denda yang dimaksudkan adalah meliputi kesalahan trafik, kesalahan meletak kereta atau pelepasan asap kenderaan.

Kira-kira 60,000 kenderaan warga asing memasuki Singapura setiap hari dan setakat Februari tahun ini, terdapat kira-kira 400,000 saman ke atas kenderaan asing dengan nilai dianggarkan S$32 juta (RM96 juta) masih belum dijelaskan.

Akhbar berbahasa Inggeris Singapura, The Straits Times pada 29 Mac lalu melaporkan, kenderaan asing dinasihatkan untuk menjelaskan saman tertunggak berkaitan trafik dengan segera atau tidak dibenarkan memasuki negara itu mulai hari ini.

Memetik laporan akhbar itu, perlaksanaan tersebut merupakan sebahagian usaha republik itu untuk memperkasakan penguatkuasaan terhadap kesalahan berkaitan. - UTUSAN ONLINE
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kadar Khas Bayaran Saman PDRM. Tinggal satu hari sahaja lagi. Jom bayar segera!," katanya…
Informasi
  "Hasil semakan dijalankan mendapati video tersebut tidak benar dan tiada sebarang tunggakan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian…