Sambutan Aidil Fitri - Kenapa KKM cadangkan rentas negeri ditangguhkan?

oleh SALINA JALIL|
Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan aktiviti rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

“Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan. Ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan,” katanya.

 

Ditanya sama ada individu yang sudah selesai menerima kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diberikan pengecualian untuk merentas negeri sempena perayaan tersebut, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

 

“Kami masih menunggu lagi beberapa dapatan daripada WHO dan CDC untuk menjelaskan kepada kami sama ada perkara tersebut boleh dibenarkan untuk dikecualikan daripada aktiviti rentas negeri.

 

“Bagimanapun, bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan, aktiviti merentas negeri dibenarkan kerana ia merupakan satu keperluan untu mereka bertugas,” katanya lagi.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  "Walaupun musim perayaan ini rakyat tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung,…