Jaecoo J7
Jaecoo J7

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 - Perkhidmatan rel beroperasi 24 jam pada 30 dan 31 Ogos

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, semua perkhidmatan rel merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel serta Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway akan beroperasi 24 jam selama dua hari, 30 dan 31 Ogos ini.

Rapid KL turut menyediakan perkhidmatan bas di laluan terpilih menerusi Rapid KL On-Demand (ROD) dengan 96 bas perantara percuma untuk ke Dataran Putrajaya yang menjadi lokasi utama sambutan Hari Kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Amir Hamdan, berkata inisiatif itu dibuat susulan kejayaan operasi 24 jam yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu.

"Bagi menyokong usaha kerajaan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, sukacita saya ingin mengumumkan Rapid KL akan beroperasi selama 24 jam bagi semua perkhidmatan rel Rapid KL, BRT Laluan Sunway, beberapa laluan bas, serta enam zon ROD terpilih.

"Operasi khas ini merangkumi perkhidmatan tren bagi semua laluan LRT, MRT dan Monorel Rapid KL.

"Bagi perkhidmatan bas, sebanyak 86 laluan membabitkan 235 buah bas akan beroperasi pada malam Ambang Merdeka," katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena Majlis Peluncuran Kempen Denyut Nadi Merdeka dan Pengumuman Operasi Rapid KL Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di LRT Pasar Seni, pada Sabtu.

Majlis itu disempurnakan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Terdahulu, Fahmi bersama wakil pengurusan Prasarana menyantuni penumpang yang menggunakan perkhidmatan LRT di stesen Bangsar dan Pasar Seni.

Fahmi mengambil kesempatan mengedarkan Jalur Gemilang dengan acara turut diisi dengan nyanyian lagu rakyat dan persembahan kebudayaan.

Mengulas lanjut, Amir berkata, bagi perkhidmatan bas, jumlah laluan ditingkatkan kepada 100 laluan dengan 308 buah bas pada Hari Kebangsaan.

Katanya, sebanyak enam zon ROD dengan 20 van disediakan untuk kemudahan pengguna.

Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh membuat tempahan ROD melalui aplikasi MyRapid PULSE dengan bayaran RM1.

Mengulas kempen 'Denyut Nadi Merdeka' yang dilancarkan hari ini, Amir berkata, ia antara usaha berterusan Rapid KL untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penumpang dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, Rapid KL turut meneruskan kesinambungan kolaborasi strategik bersama LOCCO dalam penganjuran acara ikonik 'Keretapi Sarong 2025' sempena sambutan Hari Malaysia.

Acara itu akan berlangsung di lapan stesen tren Rapid KL dengan pelbagai aktiviti budaya bagi meraikan kepelbagaian rakyat Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut kenyataan CAAM hari ini, penutupan itu penting bagi memastikan keselamatan orang awam serta…