Sambutan Tahun Baharu: "Terlajak" terus ke balai Polis!

oleh SALINA JALIL|
Aksi 61 remaja menyambut tahun baharu dengan memperagakan basikal lajak masing-masing mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Dataran Merdeka, selepas sambutan Tahun Baharu.


Malah ada juga yang melarikan diri selepas panik melihat kehadiran anggota polis diketuai Asisten Superintendan Ahmad Fuad Mahmod yang menjalankan Op Ambang Tahun Baru bermula jam 12.30 tengah malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya menahan remaja terbabit terdiri 60 lelaki dan seorang perempuan berusia 11 hingga 16 tahun.

 

Menurutnya, ketika melaksanakan operasi itu, pihaknya melihat sekumpulan remaja berbasikal berlegar di Dataran Merdeka tanpa kawalan di tengah-tengah jalan raya di Jalan Raja dan Jalan Parlimen.

 

“Ketika ingin menahan mereka ada yang melarikan diri dengan meninggalkan basikal masing-masing di tengah jalan.

 

“Pemeriksaan lanjut kemudian merampas 69 basikal lajak itu yang mana semakan mendapati ada yang tidak mempunyai brek hadapan dan belakang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Zulkefly berkata, basikal yang dirampas itu juga tiada lampu hadapan dan belakang selain tiada loceng.

 

“Mereka yang ditahan bersama basikal lajak itu kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

 

“Kita juga memanggil ibu bapa mereka sebelum menyerahkan remaja terbabit selepas keterangan diambil,” katanya.

 

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan disaman mengikut Kaedah 42(1) LN 166/59.

 

 

 

Gambar dan sumber: Harian Metro