Samseng jalanan dikenakan empat tuduhan dan tidak dibenarkan diikat jamin

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di Pasir Mas hari ini, atas empat pertuduhan, termasuk mencederakan anggota polis menggunakan cota besi di Kampung Atas Pinggir dekat sini, pada Isnin minggu lalu.


Tertuduh, Mohd Zamri Mustafa, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, sejurus pertuduhan terhadapnya dikemukakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hakimie Ab Hadi, manakala tertuduh diwakili peguam.

 

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati membawa senjata berbahaya di tempat awam tanpa kebenaran iaitu sebatang cota besi di Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu jam 12.30 tengah hari pada Isnin lalu.

 

Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun.

 

Bagi pertuduhan kedua di lokasi dan tarikh yang sama, tertuduh didapati sengaja mencederakan seorang lelaki berusia 36 tahun dengan menggunakan cota besi.

 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 

Pertuduhan ketiga dan keempat pada tarikh dan lokasi sama jam antara 12 hingga 12.30 tengah hari, tertuduh didakwa mengambil dadah jenis methamphetamine dan memandu SUV jenis Toyota Harrier di bawah pengaruh dadah menyebabkan kecederaan pemandu kereta, Mohd Ridwan Mohd Rosli, 36.

 

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Mei tarikh sebutan semula kes.

 

Akhbar sebelum ini melaporkan, berang kereta yang dipandunya dipotong, seorang lelaki berusia 45 tahun bertindak luar kawalan apabila dengan melanggar dan menghimpit kenderaan jenis Perodua Kancil sehingga terbabas ke dalam parit.

 

Malah, suspek turut memukul mangsa yang juga pemandu Perodua Kancil berusia 36 tahun, menggunakan besi di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu, di sini, jam 12.30 tengah hari.

 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata hasil siasatan mendapati, suspek yang memandu kereta jenis Toyota Harrier, disyaki marah kepada mangsa yang memotong kenderaannya.

 

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rakaman video berdurasi 11 saat yang memaparkan tindakan lelaki itu tular di media sosial sejak…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin…
Berita Domestik
  Menurutnya, wanita itu membuat laporan mendakwa keretanya dihimpit van dipandu lelaki berkenaan…