Samsung lancar peranti pintar Galaxy S23 Ultra bertemakan BMW M di Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Di Korea Selatan, gergasi elektronik Samsung telah bekerjasama dengan BMW M untuk melancarkan peranti pintar edisi terhad Samsung Galaxy S23 Ultra pada 17 Februari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding model standard S23 Ultra, peranti pintar edisi khas ini bakal menampilkan beberapa ciri dan aksesori menarik yang bakal membuatkan para peminat BMW teruja.
 

BMW


Seperti contoh, kerangka luar keras yang menampilkan rekaan jeriji buah pinggang, logo dan lencana BMW M, jam analog kereta BMW M, alat pemampat udara, keychain khas dengan tujuh lencana yang boleh ditukar, serta buku sejarah khas jenama M.

Segala aksesori termasuk peranti pintar S23 Ultra itu akan disimpan dalam satu pakej pembungkusan khas yang mengambil inspirasi daripada BMW M3 E30.

Samsung juga turut mengubah suai antaramuka peranti pintar S23 Ultra itu supaya ia dapat memaparkan logo dan tema BMW M apabila ia dihidupkan.
 

BMW


Setiap pembelian peranti pintar edisi khas ini akan disekalikan dengan aplikasi keahlian BMW Vantage, serta baucar khas yang membolehkan mereka mendapat tips pemanduan daripada tenaga pengajar professional BMW Driving Center.

Harus diingat, hanya 1,000 unit sahaja Samsung Galaxy S23 Ultra BMW M Edition yang akan dihasilkan.

Harga jualan bermula dari KRW1,727,000 (~RM5,900) di mana peranti dengan RAM sebesar 12 GB serta storan 512 GB ini boleh ditempah menerusi syarikat telekomunikasi SK Telecom.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, para pemilik kereta BMW kini boleh mengaktifkan ciri Digital Key Plus dengan…
Berita Global
Undang-undang itu mula berkuat-kuasa 7 Julai lalu tetapi ia akan mula dipraktikan menjelang Juali…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian itu berlaku pada…