Menurut Sandvik, kilang pengeluaran baharu itu bakal menghasilkan pemuat bawah tanah dan trak dalam usaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan elektrik bateri (BEV).
Peralatan bagi pengeluaran tersebut dijangka akan bermula pada suku keempat 2023, iaitu pada bulan Disember tahun ini termasuk bagi peningkatan kilang dan penambahbaikan tapak lain.
Walaupun fokus utama kilang pengeluaran baharu Sandvik Mining dan Rock Solution ialah BEV, ia juga akan mengeluarkan pemuat dan trak konvensional serta sangkar bateri.
Kapasiti pembuatan tahunan juga dirancang untuk meningkat secara beransur-ansur kepada 300 pemuat dan trak dan 500 sangkar bateri menjelang 2030.
Fasiliti baharu itu akan bertempat di Sendayan TechValley, dimana ianya bakal memiliki keluasan sebanyak 86,000 kaki persegi yang akan memuatkan 15 ruang pemasangan
Menurut syarikat Sandvik, kilang pengeluaran baharu itu bakal menghasilkan model jentera pemuat dan pengangkut peralatan serta bebas daripada rantaian pembekal sedia ada.
Presiden Sandvik Mining and Rock Solution, Mats Eriksson berkata, “Malaysia adalah antara negara paling maju dari segi teknologi di Asia Tenggara dan mempunyai tenaga kerja mahir yang banyak, pembekal industri tempatan yang kukuh, dan infrastruktur yang boleh dipercayai."
"Pelanggan perlombongan kami di Asia Pasifik akan menikmati masa menunggu lebih singkat untuk peralatan yang dihasilkan mengikut piawaian Sandvik untuk kualiti dan keselamatan yang sama.”
Presiden bahagian muatan dan pengangkut Sandvik, Patricio Apablaza menambah, “Permintaan untuk pemuat dan trak kami melebihi kapasiti pengeluaran semasa di kilang sedia ada kami."
"Penubuhan kilang pengeluaran baharu kami di Malaysia akan membolehkan pembuatan fleksibel kedua-dua peralatan perlombongan diesel konvensional dan bateri elektrik.”
Sumber: International Mining