Sang tebuan Honda CB750 Hornet 2023, enjin berkembar selari baharu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CB750 Hornet 2023
Honda CB750 Hornet 2023
Setelah lama Honda Hornet tanpa pengganti Honda akhirnya memperkenalkan versi baharu yang dikenali sebagai CB750 Hornet.

Motosikal ini dilihat sebagai pesaing kepada model naked buatan Jepun dan Eropah lain.

Dari segi reka bentuk, ianya adalah Honda, tidak ekstrem, sederhana dan mempunyai keanggunan tersendiri.

Seperkara menarik, perumah lampu depan mengingatkan kepada HondaJet. Apa yang jelas Hornet merujuk kepada tebuan dan resipi sama turut dibawa Hornet 2.0 di pasaran India.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda CB750 Hornet 2023

 

Rekaan CB750 Hornet diterajui oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Honda di Rome.

Pusat R&D yang sama turut bertanggungjawab terhad beberapa model popular lain seperti Africa Twin, X-ADV dan siri Neo Sports Café.

Sebagai sebuah motosikal yang diilhamkan dari tebuan, elemen serangga itu boleh dilihat pada tangki minyak dengan permukaan tajam ala bentuk sayap tebuan.

Bentuk tersebut merupakan ciri signatur Honda Hornet.

Dari sisi, boleh dilihat ciri-ciri agresif namun ianya tetap Honda dan dengan perkadaran yang dibawa seolah selesa untuk ditunggang.

 

Honda CB750 Hornet 2023

 

Menggerakkan Hornet 2023 ialah enjin berkembar selari (parallel twin) baharu dengan sesaran 755 cc. Model terdahulu menggunakan enjin empat silinder 600 cc.

Sengatan tebuan boleh dilihat pada angka 90.5 hp pada 9,500 rpm dan daya kilas 75 Nm pada 7,250 rpm. Berat motosikal ialah 190 kg.

Enjin itu menggunakan engkol 270 darjah dengan pembakaran tidak sama dan menurut Honda ianya membawakan sensasi ala V twin yang juga hasil dari deruman ekzos.

 

Honda CB750 Hornet 2023

 

Hornet 2023 turut menggunakan Vortex Flow Ducts yang membahagikan aliran udara secara sama rata kepada kotak udara untuk memberikan respon pendikit dan pick up yang jitu.

Enjin silinder berkembar Hornet 2023 dilapisi Nikel-Silikon yang sebelum itu digunakan pada CBR1000RR-R Fireblade.

Memegang enjin ialah kerangka berlian daripada besi ringan dengan berat hanya 16.6 kilogram. 

 

Honda CB750 Hornet 2023

 

Fork USD yang digunakan ialah Showa Separate Function Fork Big Piston (SFF-BPTM) 41mm.

Set belakang menggunakan suspensi larasan pra bebanan yang dioperasi bersama Pro-Link dan lengan ayun baharu daripada besi.

Untuk tunggangan, Hornet 2023 mempunyai mod pilihan iaitu Rain, Standard dan Sport.

Sistem itu turut merangkumi tetapan awal seperti Engine Power, Engine Brake dan Honda Selectable Torque Control dengan Wheelie Control.

 

Honda CB750 Hornet 2023

 

Mod keempat iaitu User membolehkan penunggang menetapkan kombinasi pilihan mengikut keadaan dan gaya tunggangan.

Maklumat dan pengurusan motosikal dipaparkan pada skrin TFT berwarna saiz lima inci.

Motosikal ini boleh dihubungkan dengan sistem Honda Smartphone Voice Control untuk kedua-dua peranti Android dan IOS.

Kesemua nyalaan dari lampu LED dengan beberapa fungsi seperti pemandu lampu isyarat automatik dan Sistem Berhenti Kecemasan.

 

Honda CB750 Hornet 2023

 

Ada empat warna Honda CB750 Hornet yang ditawarkan iaitu Pearl Glare White, Graphite Black Matte Iridium Gray Metallic dan Mat Goldfinch Yellow.

Harga pula dikatakan sekitar GBP6,999 (RM37,124).

Penulis: Muhammad Md Tajudin