Sarawak cadang khidmat kereta api rentas Borneo

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sarawak mencadangkan pembinaan perkhidmatan kereta api merentasi Kepulauan Borneo, kata Tan Sri Abang Johari Openg.

Menurut Premier Sarawak, cadangan itu telah disampaikan oleh kerajaan negeri kepada Kementerian Pengangkutan dalam pertemuan, di Lawas pada Sabtu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan satu kajian mengenai projek itu akan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan. Kereta api ini dijangka melalui Sabah dan berhubung juga dengan Kalimantan, Indonesia.

"Jadi seharusnya perlu juga ada perbincangan antara Malaysia, Indonesia dan Brunei kerana projek ini mungkin melibatkan ketiga-tiga negara," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat projek pembangunan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Beliau berkata, sekiranya projek itu berjaya dilaksana, ia bakal membuka peluang ekonomi kepada kawasan yang dilalui kereta api terbabit.

"Saya rasa masanya telah tiba untuk kita wujudkan khidmat kereta api ini yang semestinya akan dapat merancakkan aktiviti ekonomi terutama dari segi logistik," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata dalam kejadian sekitar 3.10 pagi itu tiada…
Berita Global
Menurut laporan CNN, kereta api Pakistan Railway yang membawa 950 orang penumpang itu berlepas dari…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, hala tuju itu adalah tertakluk kepada hasil kajian kebolehlaksanaan yang sedang…