Sarjan Jim - Peronda Polis New South Wales, Australia.

oleh Qalif Latif|
Model mini SUV yang terkenal dengan gaya comel dan kemampuan off-road ini kini menyarung livery rasmi pasukan polis NSW. Tapi jangan salah faham ia bukan dibeli untuk operasi berat atau kejar-mengejar berkelajuan tinggi. Jimny ini sebenarnya dipinjamkan oleh Suzuki Australia sebagai sebuah kenderaan perhubungan komuniti (community liaison vehicle).

Di Malaysia, Suzuki Jimny 5 pintu dijual hampir RM 200 ribu.

Dengan enjin 1.5-liter berkuasa 103hp, sudah tentu ia bukan pesaing kepada kereta patrol lebuh raya seperti BMW 530d atau Ford Ranger. Namun tugasnya lebih tertumpu kepada acara masyarakat, sesi pendidikan keselamatan, atau sekadar menjadi wajah mesra polis di kawasan kejiranan.

SGT JIM – Nama Manja Jimny Polis

Walaupun hanya berperanan santai, Jimny ini tetap lengkap dengan pelekat polis dan aksesori rasmi. Bahkan, ia kini dikenali dengan gelaran “SGT JIM”, hasil daripada nombor plat peribadi yang digunakan. Tiada light bar dipasang di bumbung kerana ia tidak ditugaskan untuk operasi kecemasan atau pengejaran.

Jim

Namun begitu, ia masih boleh digunakan untuk memberi respon kepada insiden-insiden ringan yang tidak memerlukan kehadiran segera.

Jimny & Pasukan Polis Lain

Ini bukan kali pertama Suzuki Jimny diberi peranan dalam pasukan keselamatan. Di Itali, pasukan Carabinieri menggunakan Jimny untuk tugasan kawasan luar bandar, manakala beberapa agensi di UK turut menyenaraikan SUV kecil ini untuk rondaan di kawasan kampung dan cerun.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pendekatan kali ini jelas berbeza berbanding fokus prestasi semata-mata, dengan Suzuki memilih…
Pelancaran Motosikal
Suzuki SV-7GX, model yang menandakan kebangkitan semula legasi V-Twin Suzuki dalam dunia motosikal…
Berita Global
Presiden Suzuki Motor, Toshihiro Suzuki, mengakui kemasukan BYD sebagai perkembangan besar dalam…