Satu model ini jadi pengganti kepada Ford Mondeo, S-Max dan Galaxy! 

oleh HEZERI SAMSURI|
Ford Eropah nampaknya akan membuat satu perubahan drastik.

Ia akan menggantikan sedan segmen D Mondeo, MPV saiz sederhana S-Max dan MPV saiz besar Galaxy dengan satu model baharu - sebuah genre wagon dalam bentuk crossover.

Umpama Volvo V70 Cross Country.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laporan dari AutoCar UK berkata Ford masih tidak ada nama lagi untuk model terbaharu ini dan ia dijangka hadir di dalam pasaran seawal 2021.

Model ini tidak akan hanya dijual di Eropah, tetapi untuk pasaran Amerika Syarikat juga di mana ia akan menjadi seteru utama untuk Subaru Outback.

Outback mungkin tidak popular di kebanyakan pasaran tetapi ia sangat cemerlang di US, dengan 200,000 unit terjual setiap tahun.

Model baharu ini akan dibina menggunakan platform C2 yang turut digunakan oleh Focus baharu.

Ia akan datang dengan enjin petrol dan diesel, termasuk sebuah hibrid petrol. Enjin paling kecil ialah enjin 1.5L tiga-silinder turbo.

Antara sebab lain ialah SUV semakin sukar untuk mendapat kelulusan dari segi penggunaan kadar bahan api. Sebuah kenderaan yang tidak begitu tinggi seperti ini lebih mudah untuk melepasi piawaian baharu Eropah kelak.

Tahun lalu, Ford Eropah hanya mampu menjual sebanyak 50,000 unit Mondeo, 24,000 unit S-Max dan 12,000 unit Galaxy.

Model ini dijangka akan lebih popular dengan jumlah jualan lebih tinggi dari jualan ketiga-tiga model tersebut, dicampurkan.

Pasaran MPV di Eropah sebenarnya semakin tenat. Ford akan menghentikan penjualan C-Max dan grand C-Max pada hujung Ogos ini sementara B-Max, Galaxy dan S-Max akan diberhentikan awal tahun hadapan.

Ford akan mengalihkan minat pasaran MPV itu kepada model-model baharu seperti Puma, Kuga, Fusion dan Transit Edge. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…