Satu-satunya kereta stunt Lykan Hypersport (Furious 7) untuk dijual!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia sebenar, hanya tujuh unit sahaja model Lykan Hypersport diproduksikan oleh W Motors, jadi adalah sukar untuk para pembikin filem mendapatkan model sebenar untuk dimasukkan ke dalam babak-babak aksi lasak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cara yang digunakan oleh kebanyakan pembikin filem adalah dengan menghasilkan replika, seperti yang dilakukan oleh filem Need For Speed untuk model-model Mustang dan Koenigsegg Agera R.

 


Untuk filem Furious 7, pihak penerbit telah meminta W Motors untuk menyediakan 10 unit kereta replika untuk digunakan sebagai kenderaan aksi lasak.

Sembilan unit daripadanya telah pun hancur digunakan, dan satu unit yang masih lagi tersisa kini sedia untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat.

 


Bidaan untuk unit paling 'rare' ini dikendalikan oleh RubiX pada 11 Mei ini.

Ketika ia mula dilancarkan kepada umum, Lykan Hypersport merupakan kereta produksi ketiga paling mahal di dunia dengan harga jualan bermula dari $3.4 juta (RM14 juta).

Lykan Hypersport menggunakan enjin flat-six 3.7 liter turbo berkembar yang disumberkan daripada Ruf, dan mampu menghasilkan 780 kuasa kuda dan 960 Nm, dengan sistem pacuan roda belakang sahaja.

Sumber: RubiX