Satu unit Mercedes S 580 4MATIC dipanggil semula, risiko panel kaca bumbung tercabut

oleh Mohamad Hanif|
Di Amerika Syarikat, seorang pemilik 'malang' Mercedes-Benz S 580 4MATIC nampaknya perlu berjaga-jaga disebabkan keretanya tertakluk di bawah kempen panggil semula terbaharu yang diumumkan oleh NHTSA.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laman web NHTSA, isu ini berpunca daripada pemasangan panel kaca bumbung kekal yang tidak sempurna disebabkan oleh penggunaan bahan perekat yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
 

S-Class


"Lekatan panel hadapan kekal pada badan kereta mungkin akan beransur-ansur lemah dari semasa ke semasa, dan mungkin menyebabkan panel tersebut tertanggal sebahagian atau sepenuhnya dari kenderaan," jelas dokumen itu lagi.

Pihak pengedar Mercedes akan menggantikan panel kaca itu tanpa sebarang bayaran.

Awal bulan yang lalu, Mercedes telah memanggil semula tiga unit sedan elektrik EQS disebabkan cermin pandang belakang yang tidak dipasang dengan baik, dan boleh tercabut semasa kereta dipandu.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…